Wednesday, December 3, 2014

Inhaler dan asma.

Part 1.

Mempunyai anak yang ada asma sememangnya merisaukan..

Bekalan ubat perlu sentiasa diperiksa..lebih lagi jika anak tinggal di asrama..

Ada ibu bapa yang membekalkan inhaler kepada anak.. Saya tak terkecuali..inhaler memberi kelegaan segera kerana membantu mengembangkan paru2..

Ada yang kata asma akan sembuh ketika usia anak 7 tahun..sekiranya tak sembuh..kemungkinan ketika mereka berusia 13-14 tahun..

Walaubagaimana pun ibu bapa/penjaga tidak boleh ambil lewa sekiranya melihat perubahan pernafasan anak-anak.. Segera dapatkan rawatan sewajarnya untuk mereka..

Apa itu asma?

Asma merupakan sejenis penyakit melibatkan saluran pernafasan. Seseorang yang menghidap penyakit asma mempunyai salur pernafasan yang ‘hyperresponsive’ atau dalam erti kata lain,  terlebih sensitif. 

Apabila terdedah kepada sesetengah faktor pencetus, saluran pernafasan menjadi sensitif, dan bertindakbalas dengan penghasilan lendir atau ‘mucus’ dan otot-otot saluran pernafasan mengecut, ‘bronchoconstriction’.

Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan seterusnya mengakibatkan susah atau sesak nafas. Asma tidak boleh berjangkit tetapi boleh diwarisi.

Sama seperti saya, anak2 saya mewarisi asma dari ibu saya, sedangkan saya tiada asma..

Ada beberapa factor pencetus asma seperti:

1. Asap rokok
2.Haiwan peliharaan (bulu anjing atau kucing)
3. Lipas
4. Habuk pada permaidani, katil, bantal, patung berbulu
5.  Asap kereta, sesetengah minyak wangi, setengah sabun pembersih
6. Debunga (‘pollens’) dari pokok, bunga, rumput
7. Cuaca atau angin sejuk, atau kadang-kadang cuaca panas dan hujan
8. Selsema atau lain-lain jangkitan
9. Aktiviti-aktiviti seperti berlari, bermain, bersukan.

Setiap individu yang mengidap asma adalah berlainan.  Bukan setiap pesakit asma akan alah kepada semua factor-faktor pencetus di atas.

Apakah tanda-tanda asma?

*“Wheezing”- bunyi seperti orang bersiul sewaktu melepaskan nafas

*Batuk

*Berasa susah untuk bernafas

*Berasa kekurangan udara

*Dada berasa ketat

*Berasa letih dan kekurangan tenaga

*Berasa susah nafas semasa bersenam atau aktif bermain.

Apa rawatan yang sebaiknya untuk mereka?..nak tau yg moden dan tradisional?..tunggu part 2 plak yer...

Kredit to blog doktor kanak2..

No comments:

Post a Comment

Komen lelaju lepas baca..tq..muahhh!!

Nuffnang Ads