Friday, December 19, 2014

Kisah ibu yang cerewet..

Bangun pagi terbau hanyir..

Eh.. bau apa ni...cari keliling katil..xde plak jumpa bangkai cicak dan sewaktu dengannya..pelik jugak..baring balik sebelah sara..masa ni aku baru habis berpantang bersalinkan sara...eh..bau dr sara? tak mungkin...check pampers..x berak..klu berak pun takkan bau hanyir cengitu kan...aku cium lagi dia dekat2...ya Allah..memang bau tu datang dari sara..dari leher dia...aku tengok leher dia merenggas...bila aku sentuh..berlendir..dia nangis..besar jugak kawasan yang merenggas tu...aku mandikan dia bersih2 dan pakaikan cream yang aku ambil dari klinik sehari sebelum kejadian..makin menjadi2 pulak dia nangis tak selesa..kawasan leher tu jd merah.....aku panic pulak..masa tu hanya terfikir bawak g klinik jer..call husband suruh balik secepat mungkin...aku decide g hospital penawar..masa tu pakar kanak2 ialah Dr. Marina..so, lepas diagnosis dia kata anak aku ada eczema...tapi tak serius...dia bg sample cream utk sapu...alhamdulillah berkurang juga..tapi bila cream tu habis...eczema dia jadi balik..fuhhh..mencabar kan...sebab dia asik menangis jer...cream tu pulak takde stok wat masa tu...


Sara ketika usia 3 tahun

So, aku try call n tanya adik ipar yang kerja kat Hospital Selayang suh di carikan crean Physiogel A+, apa yang doktor sana akan advise kalau dapat kes macam ni..dia terbangkan aku cream elomet...memula takut juga pakai sebab takut makin teruk..aku cuba sapu sikit dekat pelipat siku sara..sbb kt situ pun ada sikit eczemanya..esoknya aku tgk ada perubahan positif..kulit dia makin baik...alhamdulillah..terus aku sapu kat leher dia..sapu pagi petang dah kering..tak merah...sara tak menangis bila time mandi..


Inilah lotion yang aku cari bagai nak rak..masa tu cream ni msih dalam trial lagik..sekarang dah leh jumpa kat farmasi..


Apa yang aku diberitahu oleh Doktor Marina..eczema ni ada byk jenis..dan sara punya x serius...

Yang dilehernya dah baik..masalah baru pulak timbul...kerak di kepala..aku cuba sikat...luka ..nangis lagik...arggghhhh...



                                                          Skincare yang aku guna untuk Sara

Dalam ramai-ramai anak, (Sara anak ke 4) dia yang special...dari hujung rambut hingga hujung kaki memang guna special produk untuk dia...pakai yang paling mild...sebamed baby dan after dia tak susu badan lagik aku bg dia ngan susu coklat pedasure..sebab dia underweight, sebulan 4 tin...mahal kan...tapi demi anak...ikat perut jugaklah..tak nak dia sakit..aku pun kena jaga makan juga tau..sbb tu slim jer...he3..

Masa ni, tak tahu pun pasal Shaklee ni, so aku suka dok kat guardians pilih produk yang Sara leh pakai...

Kulit kepala dia still mcm tu hingga usia 5 tahun...tahun lepas, baru aku kenal apa tu Shaklee, ak blikan dia chewable vita c dulu...lepas tu baru bg dia mealshakes...tengok serasi..selera makan dia bertambah dan makin aktif..oleh kerana dah bagi dia mealshakes, aku tukar susu dia, dutch lady 1,2,3...even umur dia dah 5 tahun..he3..caya tak anak ketiga aku yang 8 tahun tu pun tak boleh minum susu dutch lady 4,5,6 punya tau...dia boleh alami kemurungan..pelik gak aku...so, tak nak sesuatu yang tak elok..aku teruskan je la dutch lady 1,2,3 tu...

Tahun ni dan ketika usia Sara 6 tahun baru aku konsisten bagi dia omega...dan aku tengok kulit kepala dia makin pulih..suka tengok perubahan kulit pada sara..malah dia pun jadi pelajar terbaik di tadikanya..Alhamdulillah...

Bila difikirkan balik, cerewet juga aku ni rupanya..aku tak nak anak aku sakit...tak sanggup tengok dorang sakit.....sebab tu aku memang bertegas tak bagi dorng minum ais, makan tembikai byk2..even nak bli jajan pun dorang akan minta izin dr aku dulu.....klu nak makan biar depan aku. Kalau makan kt sekolah pun kena bgtau aku apa yang dorang makan...dorang pun faham kot dengan perangai ibu dorang ni...tapi kalau Allah dah nak bagi ujian anak2 sakit, aku redha ..siapa kita nak menidakkan ketentuan Allah.

Segala cream, syampu, bedak pun aku yg decide nak bli jenama apa..Sekarang ni, Shaklee antara pilihan aku untuk anak2..sebab aku mahukan produk yang sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan.

Sekiranya anda juga seorang ibu bapa yang mementingkan kesihatan anak...Boleh jadikan Shaklee sebagai pilihan juga..Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma dan produk yang menjadi pilihan anda.




Sebiji Omega setiap hari, Mealshakes bancuh dalam susu tiap pagi sebelum ke sekolah


Memang sentiasa ada dalam handbag aku yang besar tu..


Suhaila Abu Bakar SID 974961
H/P : 013-7095441
Email : suesyg77@gmail.com
FB : http://www.facebook.com/suehaila abu bakar
FB page : http:// www.facebook.com/sihatanggunceria1

No comments:

Post a Comment

Komen lelaju lepas baca..tq..muahhh!!

Nuffnang Ads