Showing posts with label SR Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label SR Vitamin C. Show all posts

Wednesday, June 3, 2015

Promosi hebat bulan Jun 2015

Dapat free sebotol vitamin c dan vitamin e kalau beli 6 botol setiap vitamin tersebut..

Jimat tak jimat lah kan..rasa tak larat beli 6 dan rasa nak muntah tengok botol vitamin banyak2...kongsi2 la dengan kawan dan saudara mara..

Rata2 yang nak sihat memang akan ambil vitamin c..manfaat yang paling ketara pengambilan vitamin c ni untuk kuatkan imunisasi dan antibodi...siap ada yang tanya..berapa gram vitamin c ni?...haaaaa tu dia soalan mereka yang peka..

Vitamin E ada kelebihan tersendiri juga..jangan tak percaya encik suami suka dengan vitamin ni sebab katanya lebih hebat dari tongkat ali..wallahualam...mereka yang lebih tahu..

Cari produk yang mudah diperolehi..beli secara walk in ke branch/hq atau secara online..

Hubungi SID pilihan anda..

Blum ada?..pilih jer saya...free consultation...nak join bisnes pun boleh...mana lah tahu rezeki anda  tertulis bersama Shaklee..

Sue 013-7095441
SID 974961
Founder Peace of Mind

Sunday, January 11, 2015

Feel glow..feel putih

Dalysha..1 of produk yg sue ambil sekarang untuk dapatkan tona kulit yg lebih cerah dan rata..

Tak kenal maka tak cinta..
Tak mkn mcm ne nk share ngan uols kan...

Manfaat lain yg di perolehi lepas seminggu mkn dalysha ni..

Kulit makin moist dan cerah..wink..wink..

Untuk dapatkan kesan yg sempurna..jangan malas minum air masak...pengambilan secara konsisten pasti memberikan hasil yg menakjubkan...

Kombinasi yg awesome jika diambil bersama vitamin c..saya ambil vitamin c shaklee...

Hanya rm50/50g

Untuk oder call/whatsapp sue 013-7095441

Wednesday, December 17, 2014

Kulit bak porselin persis artis Korea

Drama Korea menjadi kegilaan sekarang. Saya suka love story...

Korang suka genre apa pulak...nilai kekeluargaan pun menarik juga..saya taklah fokus pada artis..nama artis pun saya tak ingat, tapi saya adore pada kulit mereka..macam air..macam porselin...gebu, mulus..semua orang impikan kulit macam tu..dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Sebab tu kebanyakkan produk kecantikkan datangnya dari korea..

Contoh seorang artis yang pernah saya suka suatu ketika dulu, pelakon "Auntumn in My Heart"

SONG HYE KYO
s3
Pemakanan
  • Mengelak memakan sebarang makanan berasakan cokelat, kola, dan makanan ringan. Sebaliknya dia memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan telur dalam kuantiti minima.
Rawatan Wajah
  • Dia mengamalkan masker buatan sendiri yang berasaskan campuran putih telur dan madu untuk memastikan kulit wajahnya sentiasa cerah. Jika anda ingin mencuba, sila pakai sebelum tidur dan tanggalkannya setelah ia kering. Jangan biarkan ia semalaman kerana takut keesokan harinya masker anda berubah kepada campuran tiga bahan, putih telur + madu + semut!
  • Membasuh wajahnya menggunakan susu segar.
  • Untuk memastikan wajah nan jelitanya itu sentiasa berbentuk ‘V’, Song akan mengurut wajahnya menggunakan ketulan ais kiub.
Manakala artis lelaki akan memakai BB cream untuk menutup cela selain menyuntik kolagen atau vitamin C serta plastic surgery.

Apa pun yang penting pilih lah cara yang tidak memudaratkan,..

Saya pilih untuk telan vitamin C, Vitamin E dan pakai serum Vitamin C. Keputusannya, memang tidak menghampakan.. 

Bulan ke 8 bersama vitamin C Shaklee

Pejam celik..pejam celik dah lebih kurang 8 bulan saya konsisten amik vitamin c dari Shaklee.

Dengan kos hanya 40sen saya mampu!!

Sebiji sehari jer pun..

Pernah jgk try 6 biji sehari untuk dapatkan kesan yg cepat..mmg berbaloi...jerawat yg x bermata boleh plak tunjukkan mata dia...apa lgik..saya pun beroperasilah mngeluarkan nanah n darah..2 hari kemudian..jerawat tu kering...alhamdulillah..real story wei...tp biasalah, parut luka tetap ada dan akan ambil masa utk hilang..yg pnting kna rajin..

Apa saya buat?..ramai yg suggest masker vitamin e pulak..memang melekit..tp saya x sapu satu muka...just tacap kt area tompok2 hitam jer dan kena sabar juga ya kawan2..bukan harini sapu esok dah hilang bekas jerawat tu...

Sempena promosi vitamin c dan vitamin e pada bulan ni..pe kata try sebotol setiap satu...penggunaan hingga 4 bulan..mmg berbaloi..

Vitamin e bukan jer melembabkan kulit, malah miss V kita juga...

Nk try?..meh tinggalkan komen atau msg sue..013-7095441

Thursday, December 11, 2014

Jerawat? help me!!!

Sapa yang tak nak kulit sehalus dan segebu bayi..glow n shining..


Gambar sekadar hiasan..ni bukan gambar i tau...he3

Tak semua bernasib baik, lebih lagi mereka yang meningkat remaja. Masalah utama ialah hormon. Ada yang bermasalah seawal usia 10 tahun lagi..dan pasti bermacam2 produk yang akan dicuba untuk memulihkan masalah jerawat tersebut.

Ada juga kulit dah elok tapi sesaja kan nak try produk..akhirnya muka pecah...adooiiii..itulah yang terjadi kat aku sekarang ni..mula2 jerawat sebiji jer..lama2 makin banyak..konon nak try n error...

Sekarang ni teruskan pengambilan Vitamin C, zinc dan pakai serum jer..tak sentuh yang lain dah.. elakkan kafien dan banyak minum air masak..tapi bila kulit dah luka, memang makan masa nak pulih..nangis tau...mak pun sound..dah elok2 kulit tu bersih..gatal nak cuba yang lain...uwaaaa..

Alhamdulillah jerawat makin kering..tiggal kesan hitam jer...so bermasker lah pulak dengan vitamin e setiap malam...sementara tengah promosi Vitamin E dan C nie..bli lebih buat stok...




Ada yang bermasalah macam ni?..jangan ragu dan segan untuk cuba vitamin c ni yer..antioksida terbaik dan membantu menggecutkan jerawat lansung memudarkan parut...waduh..ngomong indon gitue...





Suhaila 013-7095441

Tuesday, December 9, 2014

Obses Cantik


Mana satu pilihan anda?


Hanya telan sebiji sehari untuk kesan selamat malah lebih ekonomi..Biar lambat asal selamat..



Suntikan untuk kesan segera...kos?? sila survey ok...jangan salah pilih dan ambill yang murah tapi rupanya tiruan..

Monday, December 8, 2014

Siapa perlukannya..



SIAPA YANG PERLUKAN VITAMIN C? 

  • Perokok dan mereka yang bergaul dengan perokok (Vitamin C mudah musnah oleh pencemaran udara iaitu asap rokok. Jadi orang yang duduk sekeliling akan terkena tempiasnya)
  • Ibu mengandung atau ibu menyusu dan juga ibu selepas bersalin.
  • Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan.
  • Kanak-kanak
  • Orang yang mudah demam dan selsema
  • Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolesterol tinggi dan darah tinggi
  • Anemic (Pesakit yang mengalami kurang darah)
  • Orang yang nak kulit gebu, anjal dan awet muda
  • Orang yang nak improve sexual health
  • Orang yang nak kurus
  • Orang yang stress & moody

AMARAN!
  • 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C!
  • Keresahan / stress akan percepatkan penyusutan Vitamin C!
  • Kontraseptif, pil penahan sakit dan pil perancang antara pil yang akan menyusutkan Vitamin C yang banyak
  • Terlebih dos vitamin c (melebihi 12 biji sehari) akan menyebabkan sedikit cirit birit

Saturday, November 29, 2014

Kit vitamin

Ini lah kit vitamin saya untuk dibawa balik kampung..

Sikit jer?...aah..memang sikit jer sebab rumah mak ngan saya hanya 20 minit perjalanan jer...he3.. .

Klu habis nanti boleh balik utk top up...

Omega untuk aiman...supaya lebih fokus dalam class...minggu ni dia ada exam SDKA...hope he did well..

Juga utk sekecil...ain.mimie ngan sara..

Vita c untuk saya dan ank sulung, ika...apa sya mkn utk cantikkan kulit..dia akan tumpang mkn....she's my best friend too...dia juga testimoni terbaik saya...

Lecithin...teman baik saya untuk bakar lemak...syuhhhh...lemak g jauh2...

Zinc untuk saya juga...rawat rambut gugur dan utk pulihkan luka jerawat dgn cepat...

Nak cuba supplement Shaklee?..

Boleh hubungi saya ...

Suhaila 013-7095441

Friday, November 28, 2014

Jangan di picit jerawat tu..

Lately byk betul jerawat menenggek kat muka i yg gebu ni...uwekkkk....sila jangan muntah k...ha3..

Tangan ni memang sesuka jer merayap kt jerawat..picit kluarkan nasi kononnya....lg lebih feeling nya bila dapat kopek parut jerawat yang dah kering...kulit rasa licin tp padahnya ialah parut hitam pulak yg merias kt muka ni...dah satu hal nk cari solution utk hilangkan parut hitam tu plak...tensen mokcik..eh!! Tak boleh stress..nnt makin banyak jerawat muncul...ok..sabar sue..sabar..

Ok meh tgk apa punca jerawat boleh timbul..

Jerawat bukan sahaja dilihat satu masalah yang menyebabkan rupa sebenar individu seolah-olah `terlindung', tetapi memberi kesan besar kepada emosi sehingga mampu mengurangkan hubungan sosial dan keyakinan diri.

Kajian menunjukkan, masalah jerawat `menyerang' hampir 80 peratus masyarakat di negara ini terutama golongan remaja sekitar peringkat umur awal persekolahan menengah hingga awal 20-an.

Keadaan ini terjadi disebabkan perubahan hormon remaja yang berlaku sejak usia kanak-kanak hingga dewasa.

Bagaimanapun, jerawat yang teruk mungkin disebabkan faktor penyumbang tambahan seperti jangkitan kuman melalui penyakit, alahan, ketidakseimbangan melampau hormon dan kesilapan aspek penjagaan kulit.

Rawatan perlu dilakukan sekiranya masalah jerawat berlaku pada tahap serius, Ini bagi mengelakkan parut berkekalan.

Dalam usaha mengelakkan masalah ini menjadi isu serius menyebabkan penghidap berfikiran dan bertindak negatif, mereka perlu memahami faktor kewujudan dan kaedah mengatasinya mengikut kulit wajah masing-masing.

Menurut sebuah blog, www.drhasseenah.com yang dikelolakan Pakar Kulit (Jerawat dan Jeragat), Dr Hasseenah Hassan, pendidikan berhubung jerawat penting dititikberatkan kerana nisbah penghidap masalah itu di Malaysia ialah 8 : 10, membabitkan jenis jerawat biasa sehingga jenis jerawat kronik.

Kredit to blog anizyn for the info...

Punca Masalah Jerawat

1. Masalah hormon Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm...sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.

Dah baca semua tu kan...mb bley tambah ilmu dalam bab jga kebersihan, kesesuain produk dan perkara yg berkaitan..

Monday, October 27, 2014

Cabaran vitamin c

Hari keempat pengambilan vitamin c...parut jerawat yg degil makin pudar...

Sehari 6 biji vitamin c..

Kesan lain yg sue dapat...lebih energy..sbb biasanya sblm ni sue perlu tido kejap masa pukul 1-2..rasa letih kalau tak tidur petang...

Tapi sejak 4 hari yang lalu ...tak terasa ngantuk pun...

Satu perubahan yang baik...

Syoknya bervitamin...

Sunday, September 21, 2014

Friday, August 29, 2014

Flu menyerang..

Tak habis lagi nikmat mkn nasi lemak, non stop bersin n arggghhhh...kena flu...hmmm...

Oooo..smlm kurang tdo sbb melayan hindustan ..kihkihkih...so itu ler upahnya...

Biasanya kena tak lama..yg penting kena cukup rehat n tido...

Dan untuk cptkan lg pemulihan flu/selesema ni..sue akan telan 2 bj vitamin c serta garlic..dan tentunya Shaklee pilihan di hati...

Saturday, July 5, 2014

Sukses dalam penyusuan

Foremilk dan hindmilk: 

Apa yang anda perlu tahu?

Foremilk: Susu yang dihasilkan di awal proses penyusuan. Susu foremilk ini tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein. Jika seseorang bayi meminum lebih foremilk berbanding hindmilk, bayi tersebut mungkin akan mengalami simptom-simptom seperti kembung perut, menghasilkan najis berwarna kehijauan, ingin kerap menyusu, kerap muak, mengalami masalah ruam lampin berikutan najis yang bersifat asidik serta cirit birit. Ini adalah kerana, susu foremilk rendah kandungan lemak yang tidak dapat membuat bayi kenyang. Sebaliknya ianya hanya mampu menghilangkan dahaga si bayi.

Hindmilk: Susu yang dihasilkan di akhir proses penyusuan. Susu hindmilk ini mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan mampu mengenyangkan. Susu hindmilk juga jika diperah akan kelihatan lebih pekat. Bagi memastikan bayi anda mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk, adalah dinasihatkan agar anda menyusukan bayi anda sehingga anda yakin payudara anda telah dikosongkan sepenuhnya.

Sekiranya anda suka bertukar-tukar payudara ketika menyusu tanpa menunggu sehingga sebelah payudara betul-betul dikosongkan, terdapat kebarangkalian bayi anda tidak mendapat hindmilk secukupnya yang penting untuk menyokong tumbesarannya. Akibatnya, bayi anda mungkin akan memperlihatkan kenaikan berat badan yang sedikit. Adalah penting bagi semua ibu memastikan bayi anda mendapat ratio susu foremilk dan hindmilk yang seimbang. Ini kerana terdapat segelintir bayi yang meminum terlalu banyak foremilk dan menerima kuantiti hindmilk yang terlalu kecil.

Akibatnya, bayi tersebut akan kerap diminta untuk disusukan menyebabkan si ibu akan menghasilkan susu melebihi keperluan (oversupply). Oversupply walaupun bagus bagi tujuan pengumpulan stok, namun sekiranya bayi tidak dapat mengosongkan payudara sebaiknya, maka bayi akan mengalami masalah untuk mendapat hindmilk yang penting untuk tumbesarannya.

Berbalik kepada simptom-simptom bayi yang tidak mendapat hindmilk yang secukupnya, bagi mengatasi masalah ini, selain menyusukan bayi anda sehingga payudara benar-benar kosong, anda juga boleh mengamalkan ESP yang ternyata mampu meningkatkan kepekatan (hindmilk) susu anda. Apabila keperluan hindmilk bayi dipenuhi, bayi akan kurang meragam, dapat tidur dengan lebih lena dan lama serta beratnya meningkat mengikut graf pertumbuhan yang normal.




KLIK SINI untuk pembelian terus secara online...Sebarang pertanyaan dan konsultasi hubungi :-


Suhaila Abu Bakar
013-7095441

Email : suesyg77@gmail.com

Wednesday, June 4, 2014

Pilihan Cinta Hati


Alhamdulillah, dalam kesibukkan anak bujang ni dengan xtvt di MRSM, JB, dapat jugak Anugerah Pengetua .Terima kasih sayang. Tak dinafikan dia blum biasa dengan kehidupan di asrama...mengejar masa untuk buat xtvt di sana..tapi sebagai ibu saya cuba bagi yang terbaik sebab anak2 saya bukan kategori pandai semulajadi..

Untuk Aiman, one and only anak teruna saya bekalkan mealshakes, vitamin c, ostematrix dan omega..walau sesibuk mana pun dia saya tetap suruh dia jangan miss amik semua supplement tu..budak2 ni kalau x disuruh memang dia takkan makan punya..untuk apa saya bagi semua tu?..

Mealshakes : sarapan yang pantas dan mengenyangkan serta penuh dengan vitamin dan zat yang diperlukan...ini sebagai backup kalau dia tak sempat ke dewan selera..

Vitamin C : menguatkan antibody dia dan merawat kulit yang berjerawat

Ostematrix : sumber kalsium yang hebat, bila cukup kalsium dia akan dapat tidur yag berkualiti walaupun hanya tidur 5 jam sehari. Lg pun nk tinggi katanya...ha...so rerajinlan telan ostematrix tu yer

Omega : sudah tentu untuk mengawal asma dia dan sumber DHA yang terdapat dalam Omega Guards tu membantu sel2 otak dia berhubung dengan lebih baik.





Sentiasa berdoa agar anak2 tak mensia2kan anugerah yang telah Allah berikan kepada mereka. 


SUHAILA 013-7095441


Nuffnang Ads