Friday, November 28, 2014

Jangan di picit jerawat tu..

Lately byk betul jerawat menenggek kat muka i yg gebu ni...uwekkkk....sila jangan muntah k...ha3..

Tangan ni memang sesuka jer merayap kt jerawat..picit kluarkan nasi kononnya....lg lebih feeling nya bila dapat kopek parut jerawat yang dah kering...kulit rasa licin tp padahnya ialah parut hitam pulak yg merias kt muka ni...dah satu hal nk cari solution utk hilangkan parut hitam tu plak...tensen mokcik..eh!! Tak boleh stress..nnt makin banyak jerawat muncul...ok..sabar sue..sabar..

Ok meh tgk apa punca jerawat boleh timbul..

Jerawat bukan sahaja dilihat satu masalah yang menyebabkan rupa sebenar individu seolah-olah `terlindung', tetapi memberi kesan besar kepada emosi sehingga mampu mengurangkan hubungan sosial dan keyakinan diri.

Kajian menunjukkan, masalah jerawat `menyerang' hampir 80 peratus masyarakat di negara ini terutama golongan remaja sekitar peringkat umur awal persekolahan menengah hingga awal 20-an.

Keadaan ini terjadi disebabkan perubahan hormon remaja yang berlaku sejak usia kanak-kanak hingga dewasa.

Bagaimanapun, jerawat yang teruk mungkin disebabkan faktor penyumbang tambahan seperti jangkitan kuman melalui penyakit, alahan, ketidakseimbangan melampau hormon dan kesilapan aspek penjagaan kulit.

Rawatan perlu dilakukan sekiranya masalah jerawat berlaku pada tahap serius, Ini bagi mengelakkan parut berkekalan.

Dalam usaha mengelakkan masalah ini menjadi isu serius menyebabkan penghidap berfikiran dan bertindak negatif, mereka perlu memahami faktor kewujudan dan kaedah mengatasinya mengikut kulit wajah masing-masing.

Menurut sebuah blog, www.drhasseenah.com yang dikelolakan Pakar Kulit (Jerawat dan Jeragat), Dr Hasseenah Hassan, pendidikan berhubung jerawat penting dititikberatkan kerana nisbah penghidap masalah itu di Malaysia ialah 8 : 10, membabitkan jenis jerawat biasa sehingga jenis jerawat kronik.

Kredit to blog anizyn for the info...

Punca Masalah Jerawat

1. Masalah hormon Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm...sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.

Dah baca semua tu kan...mb bley tambah ilmu dalam bab jga kebersihan, kesesuain produk dan perkara yg berkaitan..

No comments:

Post a Comment

Komen lelaju lepas baca..tq..muahhh!!

Nuffnang Ads