Saturday, January 17, 2015

Ketumbit..tak merbahaya tapi merimaskan..

Encik suami kena ketumbit...ngendap sapa tah tu...he3..

Mulanya kecil jer...lepas 2 3 hari nmpk makin besar dan merah...risau juga sebab dia mesti rasa tak selesa..lebih lagi cuaca panas sekarang ni...

Sue suh dia sapu "terramycin" dan ambil vitamin c untuk kuatkan imun dia dari jangkitan kuman dan alfalfa sebagai pendetox...ada yg kata darah kotor..sbb tu tumbuh ketumbit...wallahualam...

Hari kedua lpas ambil vitamin c dan alfalfa serta terramycin...ketumbit encik suami makin masak..dah nmpk mata ketumbit dan bernanah...dia suh pecahkan..seram plak mak nak oooiii..bgtau dia...biarlah ranum skit...hihihi..pdhal takut...

Masa sujud solat maghrib..en. Suami rasa mata dia melekit...oooo..ketumbit dia sudah pecah...hohohoho...selamat mak ..x yah jd "misi" untuk keluarkan nanah ketumbit tu...

Mata masih bengkak...mlm ni nk try cuci pakai basic h plak..

Apa tu ketumbit???...aku pun kdg kena jgk..tp since tak miss mkn vitamin c...x de plak kemunculan ketumbit tu lagi..alhamdulillah...

"Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.

Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka."

Faktor ketumbit berlaku plak adalah disebabkan ni :

Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria.

Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :

.Tekanan
.Pertukaran hormon
.Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
.Diabetis
.Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
.Kekurangan vitamin dalam badan

Simptom-simptom

.Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
.Bengkak di sekeliling kelopak mata
.Sakit
.Kelopak mata menjadi merah
.Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
.Mata menjadi pedih
.Mata berair
.Gatal-gatal di kawasan bisul
.Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
.Sensitif kepada cahaya yang cerah

Ketumbit ni boleh terjadi berulang kali..so amalkan kebersihan tangan sebelum menyentuh mata...

Pengambilan vitamin c membantu menggelakkan masalah ketumbit berulang...

Untuk konsultasi tentang produk2 Shaklee...boleh hubungi sue okey....013-7095441

2 comments:

Komen lelaju lepas baca..tq..muahhh!!

Nuffnang Ads