Wednesday, September 10, 2014

Cegah sebelum kena batu hempedu


Sedih bila dapat berita nenek saya mempunyai batu di hempedu. Tak dapat dibayangkan bagaimana situasi dia yang kini berusia 75tahun berhadapan dengan masalah tersebut.

Memang dia kerap mengadu sakit, tapi kami semua ingatkan sakit orang tua, tak selera makan bila dah lama tak jumpa anak cucu cicit dia. Tapi rupanya kami silap, keadaannya makin merisaukan bila makin kerap sakit dan hilang selera makan. Keputusan makcik membawa nenek ke Hospital Pakar membuahkan hasil yang tak disangka..Batu Hempedu...Alhamdulillah, kini nenek selamat di bedah dan saya berharap dia kembali pulih dan ceria seperti sedia kala. Insyaallah..


Ketika memdapat rawatan di Hospital Selayang

Batu karang hempedu


Adalah jenis Batu karang yang terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbeza-beza.

Bagaimana ia terjadi?




Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

"Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.


Gejala-gejala bagi kolesistitis akut ialah :


- rasa lemah badan
– hilang selera makan
– demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan.
– Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.

Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang :


- sudah lanjut usia
– penghidap gout
– mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing
– mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).

Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.

Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

Bila di teliti semula...ya..inilah simptom2 yang nenek saya hadapi..ya Allah kesiannya...tapi dia memang tabah dan kuat..

Rawatan


Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan


Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.

Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

Bukan pembedahan


Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.

Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.

Faktor-faktor Risiko


~ Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
~ Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
~ Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
~ Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
~ Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Cara atasi penyakit batu karang


Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

·  Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
·  Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
·  Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
·  Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
·  Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
·  Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
·  Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
·  Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

sumber e-kesihatan.blogspot.com dan wannura terapi

Batu hempedu tak mengenal siapa..anda juga mungkin salah seorang daripadanya..



Azlee menunjukkan gambar batu dalam hempedu yang dibuangnya

SUNGAI BULOH: Anggota kumpulan Senario iaitu Azlee bakal menjalani satu lagi pembedahan bagi membuang keseluruhan hempedu di dalam badannya pada September depan.

Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar, 47, berkata, pembedahan tersebut bakal dilakukan selepas dia membuang batu dalam hempedu yang telah memasuki usus di Hospital Pakar Damansara dekat sini pada 30 Julai lalu.

"Alhamdulillah keadaan saya sekarang beransur pulih selepas pembedahan pertama pada Hari Raya ketiga lalu.

"Bagaimanapun selepas luka bahagian dalam sembuh, saya akan melakukan satu lagi pembedahan bagi membuang keseluruhan bahagian hempedu itu kerana bimbang batu yang masih terdapat di dalamnya akan merebak ke bahagian lain," katanya kepada mStar Online.

Mencegah lebih baik dari mengubati..

Fungsi Shaklee Dalam Membantu Masalah Batu Karang







B-Complex – menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang

Vita-C – mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dalam urin berasid

OsteMatrix – mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat dan mencegah pembentukan batu karang

Alfalfa Complex – mengurangkan infeksi dan inflamasi

Carotomax – menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang

Lecithin – membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

Phytocol ST - menurunkan kolesterol secara semulajadi

Hubungi saya untuk mendapatkan produk ini. Cegah sebelum kena.

Suhaila 013-7095441

No comments:

Post a Comment

Komen lelaju lepas baca..tq..muahhh!!

Nuffnang Ads