Wednesday, September 17, 2014

Healing Crisis / Krisis Pemulihan


Ramai yang tak sanggup hadapinya..macam2 komplen, produk tak bagus, tak serasi lah..lebih teruk bila ada yang kata "aku amik supplement untuk lebih sihat, tapi kenapa makin sakit teruk" .saya sendiri melaluinya ketika pertama kali mengambil Alfalfa sebab nak meriahkan susu badan dengan dos yang rendah,,iaitu 3 biji sekali sehari selepas makan...memang sakit dan hampir putus asa..apa yang saya alami?

~ demam teruk dan berlanjutan selama 2 minggu
~ sakit tekak  
~ tak period selama 2 bulan (siap buat upt sbyk 3 kali ..doktor suspect hamil anak ke 6 ) tapi saya yakin saya tak hamil ketika tu..
~ sakit sendi (dah macam orang tua dah tau)

Dalam sakit tu saya teruskan juga pengambilan vitamin C untuk kuatkan antibodi sebab anak kelima masih menyusu badan. Nasib baik tak berjangkit kat anak....alhamdulillah masuk bulan ketiga, saya kembali sihat, period kembali stabil..tiap bulan miss P datang on time...senanglah saya nk merancang, sebab saya merancang sendiri..

Itu kali terakhir saya demam teruk..Alhamdulillah...segalanya dengan izin Allah




Apa tu healing crisis/krisis pemulihan?


Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. 

Mengapa terjadi krisis pemulihan setelah mengambil supplement?


Keadaan ini adalah disebabkan oleh toksin yang telah lama terkumpul di dalam tubuh kita untuk jangka masa yang lama, sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu memperitngkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

Secara umumnya, berapa lamakah proses pemulihan akan berlangsung?


Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

Bagaimanakah melalui krisis pemulihan ? 


 



Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAlah.

Info : panduan nutrisi Shaklee

No comments:

Post a Comment

Komen lelaju lepas baca..tq..muahhh!!

Nuffnang Ads