Showing posts with label milk booster. Show all posts
Showing posts with label milk booster. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

Sukses dalam penyusuan

Foremilk dan hindmilk: 

Apa yang anda perlu tahu?

Foremilk: Susu yang dihasilkan di awal proses penyusuan. Susu foremilk ini tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein. Jika seseorang bayi meminum lebih foremilk berbanding hindmilk, bayi tersebut mungkin akan mengalami simptom-simptom seperti kembung perut, menghasilkan najis berwarna kehijauan, ingin kerap menyusu, kerap muak, mengalami masalah ruam lampin berikutan najis yang bersifat asidik serta cirit birit. Ini adalah kerana, susu foremilk rendah kandungan lemak yang tidak dapat membuat bayi kenyang. Sebaliknya ianya hanya mampu menghilangkan dahaga si bayi.

Hindmilk: Susu yang dihasilkan di akhir proses penyusuan. Susu hindmilk ini mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan mampu mengenyangkan. Susu hindmilk juga jika diperah akan kelihatan lebih pekat. Bagi memastikan bayi anda mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk, adalah dinasihatkan agar anda menyusukan bayi anda sehingga anda yakin payudara anda telah dikosongkan sepenuhnya.

Sekiranya anda suka bertukar-tukar payudara ketika menyusu tanpa menunggu sehingga sebelah payudara betul-betul dikosongkan, terdapat kebarangkalian bayi anda tidak mendapat hindmilk secukupnya yang penting untuk menyokong tumbesarannya. Akibatnya, bayi anda mungkin akan memperlihatkan kenaikan berat badan yang sedikit. Adalah penting bagi semua ibu memastikan bayi anda mendapat ratio susu foremilk dan hindmilk yang seimbang. Ini kerana terdapat segelintir bayi yang meminum terlalu banyak foremilk dan menerima kuantiti hindmilk yang terlalu kecil.

Akibatnya, bayi tersebut akan kerap diminta untuk disusukan menyebabkan si ibu akan menghasilkan susu melebihi keperluan (oversupply). Oversupply walaupun bagus bagi tujuan pengumpulan stok, namun sekiranya bayi tidak dapat mengosongkan payudara sebaiknya, maka bayi akan mengalami masalah untuk mendapat hindmilk yang penting untuk tumbesarannya.

Berbalik kepada simptom-simptom bayi yang tidak mendapat hindmilk yang secukupnya, bagi mengatasi masalah ini, selain menyusukan bayi anda sehingga payudara benar-benar kosong, anda juga boleh mengamalkan ESP yang ternyata mampu meningkatkan kepekatan (hindmilk) susu anda. Apabila keperluan hindmilk bayi dipenuhi, bayi akan kurang meragam, dapat tidur dengan lebih lena dan lama serta beratnya meningkat mengikut graf pertumbuhan yang normal.




KLIK SINI untuk pembelian terus secara online...Sebarang pertanyaan dan konsultasi hubungi :-


Suhaila Abu Bakar
013-7095441

Email : suesyg77@gmail.com

Wednesday, January 8, 2014

Atasi Masalah Keputihan dengan Selamat dan Berkesan

WANITA DAN KEPUTIHAN
~~~~~~~~~~~~~~~~

Mengikut kajian pakar kesihatan kelamin, 99.9 peratus wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida yang terdapat pada dubur dan juga faraj wanita. Jangkitan boleh disebabkan oleh sikap tidak perihatin atau cermat wanita di dalam soal kebersihan anggota sulit mereka.

Memakan antibiotik untuk jangka masa lama juga boleh membunuh bakteria semula jadi dalam faraj dan mendedahkan faraj kepada jangkitan dari luar. Wanita hamil dan mengidap penyakit kencing manis mudah dijangkiti kulat candida.

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin adalah proses biasa bagi seorang wanita. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk melindungi sel-sel dan saluran dinding faraj. Tanpa lendir ini, sel-sel ini akan menjadi kering dan rosak.

Kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Lendir yang berwarna putih dan pekat, kelihatan seperti nanah, berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. menandakan yang faraj dan sistem peranakan anda telah dijangkiti oleh bakteria.






APAKAH KEBURUKAN KEPUTIHAN

Ramai wanita beranggapan keputihan ini adalah sesuatu yang normal bagi wanita. Tetapi secara kita tidak sedar, penyakit ini telah membelenggu ramai wanita. Di antara keburukan keputihan ini ialah:

1. Mengganggu keharmonian rumahtangga.
2. Masalah keputihan tidak menjejaskan kesuburan seseorang wanita tetapi jika keputihan itu menjadi serius, hubungan seksual antara suami isteri akan terjejas.
3. Lelehan keputihan yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan akan mengendurkan nafsu suami untuk bersama.
4. Radang pada faraj juga menyebabkan isteri merasa sakit dan tidak selesa bila bersama suami.
5. Jangkitan kepada bayi di dalam kandungan.
6. Wanita mengandung adalah di antara mereka yang senang diserang oleh masalah keputihan. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen.
Ini meyebabkan kulat lebih mudah membiak kerana dinding faraj lebih lembab.
7. Secara purata, kira-kira 80% wanita hamil mengalami masalah ini.

Ada di kalangan wanita yang mengalami masalah keputihan yang serius. Namun, berasa malu untuk berjumpa doktor. Lagi-lagi kalau doktor lelaki. Betul tak? Saya sendiri pernah alami masalah keputihan yang agak serius waktu mengandung.

Ada antara kita yang memakai pantyliner untuk mengatasi masalah keputihan. Tapi bagi saya, pemakaian pantyliner bukanlah penyelesai masalah. Ia cuma 'menutup' masalah buat sementara.

Tak kurang juga yang mengamalkan petua orang lama-lama, contohnya..

Ambil seikat dauh sirih dan bersihkan terlebih dahulu. Tumbuk sirih tersebut separuh hancur atau jika anda ingin cara yang mudah, memadailah dengan meramasnya secara kasar. Kemudian campurkan sirih yang telah ditumbuk atau diramas tadi dengan air suam di dalam bekas sederhana besar.

Setiap kali anda mencuci bahagian sulit anda, gunakan air rendaman tadi pada bilasan terakhir. Amalkan sehingga anda tidak lagi merasa gatal di bahagian tersebut. Selain mampu menghilangkan keputihan, anda juga pasti merasa selesa.

Tips daripada Shaklee pula...



Amalkan
Alfalfa!!

Ya, alfalfa mampu mengatasi masalah keputihan. Saya sendiri antara ramai yang telah alaminya! Bagaimana nak atasi keputihan?

Dengan mengamalkan ALFALFA COMPLEX Shaklee, insyaAllah masalah keputihan yang membelengu kaum wanita boleh diatasi. Jangan biarkan sehingga keputihan menjadi abnormal.

AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE!







19 Khasiat Daun ALFALFA :

1. Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
5. Memberi kelegaan semasa haid.
6. Merawat athritis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat asma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotordisebabkan jangkitan dalam buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita
13. Membesar dan menegangkan payudara
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
15Memulihkan urat selepas bersalin
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit
19. Milk Booster bagi ibu menyusu


Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi istimewa dan harga cubit-cubitan...
Suhaila 
013-7095441



Nuffnang Ads