Saturday, July 5, 2014

Sukses dalam penyusuan

Foremilk dan hindmilk: 

Apa yang anda perlu tahu?

Foremilk: Susu yang dihasilkan di awal proses penyusuan. Susu foremilk ini tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein. Jika seseorang bayi meminum lebih foremilk berbanding hindmilk, bayi tersebut mungkin akan mengalami simptom-simptom seperti kembung perut, menghasilkan najis berwarna kehijauan, ingin kerap menyusu, kerap muak, mengalami masalah ruam lampin berikutan najis yang bersifat asidik serta cirit birit. Ini adalah kerana, susu foremilk rendah kandungan lemak yang tidak dapat membuat bayi kenyang. Sebaliknya ianya hanya mampu menghilangkan dahaga si bayi.

Hindmilk: Susu yang dihasilkan di akhir proses penyusuan. Susu hindmilk ini mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan mampu mengenyangkan. Susu hindmilk juga jika diperah akan kelihatan lebih pekat. Bagi memastikan bayi anda mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk, adalah dinasihatkan agar anda menyusukan bayi anda sehingga anda yakin payudara anda telah dikosongkan sepenuhnya.

Sekiranya anda suka bertukar-tukar payudara ketika menyusu tanpa menunggu sehingga sebelah payudara betul-betul dikosongkan, terdapat kebarangkalian bayi anda tidak mendapat hindmilk secukupnya yang penting untuk menyokong tumbesarannya. Akibatnya, bayi anda mungkin akan memperlihatkan kenaikan berat badan yang sedikit. Adalah penting bagi semua ibu memastikan bayi anda mendapat ratio susu foremilk dan hindmilk yang seimbang. Ini kerana terdapat segelintir bayi yang meminum terlalu banyak foremilk dan menerima kuantiti hindmilk yang terlalu kecil.

Akibatnya, bayi tersebut akan kerap diminta untuk disusukan menyebabkan si ibu akan menghasilkan susu melebihi keperluan (oversupply). Oversupply walaupun bagus bagi tujuan pengumpulan stok, namun sekiranya bayi tidak dapat mengosongkan payudara sebaiknya, maka bayi akan mengalami masalah untuk mendapat hindmilk yang penting untuk tumbesarannya.

Berbalik kepada simptom-simptom bayi yang tidak mendapat hindmilk yang secukupnya, bagi mengatasi masalah ini, selain menyusukan bayi anda sehingga payudara benar-benar kosong, anda juga boleh mengamalkan ESP yang ternyata mampu meningkatkan kepekatan (hindmilk) susu anda. Apabila keperluan hindmilk bayi dipenuhi, bayi akan kurang meragam, dapat tidur dengan lebih lena dan lama serta beratnya meningkat mengikut graf pertumbuhan yang normal.




KLIK SINI untuk pembelian terus secara online...Sebarang pertanyaan dan konsultasi hubungi :-


Suhaila Abu Bakar
013-7095441

Email : suesyg77@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Komen lelaju lepas baca..tq..muahhh!!

Nuffnang Ads