Friday, December 19, 2014

1 rumah 1 pencuci serbaguna


Kenapa perlu macam tu ya... 


Sebab menjimatkan..dah tak perlu clorox, fabuloso, magic clean, cif dan pembersih yang seangkatan dengannya...tapi kalau korang nak guna juga, terpulang..tak de paksaan. 

Ada sebab aku suka guna basic H ni, salah satunya aku suka buih2 nya yang meriah bila mencuci peralatan buat kuih...minyak, butter n marjerin mudah tanggal...xde la membazir air kan...jimat tak?..jimat tak?..tangan aku ni kalah guna glo, kasar..pernah hilang garisan jari sebab kulit kering dan mengelupas. Sakit pulak tu..kesian kan kat aku...nampak sangat tak boleh buat kerja dapur..he3..

Menyental?..senyum jer skrang..klu dulu selalu suh suami aku buat..x kuasa nk aku nk berus baju aiman tu...skrng ni..berus manja2 jer pun daki kt leher n tangan baju tu mudah hilang..korang kenalah sapu skit basic H ni kat tmpt berdaki tu yer..

Bab mop rumah pun aku suka..mmg tak melekit n tak payah nak bilas..aku memang sekali jalan jer lah mengemop..xde la 2, 3 membilas sebab masih ada buih...aku pun malas...lebih lagi anak aku ni suka sangat kehulu kehilir bila aku tengah mengemop...so, kena buat kerja cepat-cepat.

Aku pun bancuh skit dalam botol spray, so anak2 pun boleh guna untuk lap meja...produk ni mesra alam dan tak bahaya sebab kandungan utama basic H ni ialah minyak jagung dan minyak kelapa ..tapi make sure ar dorng tak minum lak yer..

Banyak pulak menda yang aku suka buat sekarang..tu tandanya aku dah rajin..ha3...masuk bakul angkat sendiri...ha3..

Tapi percayalah, korang pun mesti suka sebab kerja korang jadi lebih mudah dengan hanya 1 produk serbaguna...

Harga?  hanya rm47/16oz

Order? hubungi saya jer

Suhaila Abu Bakar 
H/P : 013-7095441
Email : suesyg77@gmail.com

Kisah ibu yang cerewet..

Bangun pagi terbau hanyir..

Eh.. bau apa ni...cari keliling katil..xde plak jumpa bangkai cicak dan sewaktu dengannya..pelik jugak..baring balik sebelah sara..masa ni aku baru habis berpantang bersalinkan sara...eh..bau dr sara? tak mungkin...check pampers..x berak..klu berak pun takkan bau hanyir cengitu kan...aku cium lagi dia dekat2...ya Allah..memang bau tu datang dari sara..dari leher dia...aku tengok leher dia merenggas...bila aku sentuh..berlendir..dia nangis..besar jugak kawasan yang merenggas tu...aku mandikan dia bersih2 dan pakaikan cream yang aku ambil dari klinik sehari sebelum kejadian..makin menjadi2 pulak dia nangis tak selesa..kawasan leher tu jd merah.....aku panic pulak..masa tu hanya terfikir bawak g klinik jer..call husband suruh balik secepat mungkin...aku decide g hospital penawar..masa tu pakar kanak2 ialah Dr. Marina..so, lepas diagnosis dia kata anak aku ada eczema...tapi tak serius...dia bg sample cream utk sapu...alhamdulillah berkurang juga..tapi bila cream tu habis...eczema dia jadi balik..fuhhh..mencabar kan...sebab dia asik menangis jer...cream tu pulak takde stok wat masa tu...


Sara ketika usia 3 tahun

So, aku try call n tanya adik ipar yang kerja kat Hospital Selayang suh di carikan crean Physiogel A+, apa yang doktor sana akan advise kalau dapat kes macam ni..dia terbangkan aku cream elomet...memula takut juga pakai sebab takut makin teruk..aku cuba sapu sikit dekat pelipat siku sara..sbb kt situ pun ada sikit eczemanya..esoknya aku tgk ada perubahan positif..kulit dia makin baik...alhamdulillah..terus aku sapu kat leher dia..sapu pagi petang dah kering..tak merah...sara tak menangis bila time mandi..


Inilah lotion yang aku cari bagai nak rak..masa tu cream ni msih dalam trial lagik..sekarang dah leh jumpa kat farmasi..


Apa yang aku diberitahu oleh Doktor Marina..eczema ni ada byk jenis..dan sara punya x serius...

Yang dilehernya dah baik..masalah baru pulak timbul...kerak di kepala..aku cuba sikat...luka ..nangis lagik...arggghhhh...



                                                          Skincare yang aku guna untuk Sara

Dalam ramai-ramai anak, (Sara anak ke 4) dia yang special...dari hujung rambut hingga hujung kaki memang guna special produk untuk dia...pakai yang paling mild...sebamed baby dan after dia tak susu badan lagik aku bg dia ngan susu coklat pedasure..sebab dia underweight, sebulan 4 tin...mahal kan...tapi demi anak...ikat perut jugaklah..tak nak dia sakit..aku pun kena jaga makan juga tau..sbb tu slim jer...he3..

Masa ni, tak tahu pun pasal Shaklee ni, so aku suka dok kat guardians pilih produk yang Sara leh pakai...

Kulit kepala dia still mcm tu hingga usia 5 tahun...tahun lepas, baru aku kenal apa tu Shaklee, ak blikan dia chewable vita c dulu...lepas tu baru bg dia mealshakes...tengok serasi..selera makan dia bertambah dan makin aktif..oleh kerana dah bagi dia mealshakes, aku tukar susu dia, dutch lady 1,2,3...even umur dia dah 5 tahun..he3..caya tak anak ketiga aku yang 8 tahun tu pun tak boleh minum susu dutch lady 4,5,6 punya tau...dia boleh alami kemurungan..pelik gak aku...so, tak nak sesuatu yang tak elok..aku teruskan je la dutch lady 1,2,3 tu...

Tahun ni dan ketika usia Sara 6 tahun baru aku konsisten bagi dia omega...dan aku tengok kulit kepala dia makin pulih..suka tengok perubahan kulit pada sara..malah dia pun jadi pelajar terbaik di tadikanya..Alhamdulillah...

Bila difikirkan balik, cerewet juga aku ni rupanya..aku tak nak anak aku sakit...tak sanggup tengok dorang sakit.....sebab tu aku memang bertegas tak bagi dorng minum ais, makan tembikai byk2..even nak bli jajan pun dorang akan minta izin dr aku dulu.....klu nak makan biar depan aku. Kalau makan kt sekolah pun kena bgtau aku apa yang dorang makan...dorang pun faham kot dengan perangai ibu dorang ni...tapi kalau Allah dah nak bagi ujian anak2 sakit, aku redha ..siapa kita nak menidakkan ketentuan Allah.

Segala cream, syampu, bedak pun aku yg decide nak bli jenama apa..Sekarang ni, Shaklee antara pilihan aku untuk anak2..sebab aku mahukan produk yang sentiasa semulajadi, selamat dan berkesan.

Sekiranya anda juga seorang ibu bapa yang mementingkan kesihatan anak...Boleh jadikan Shaklee sebagai pilihan juga..Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma dan produk yang menjadi pilihan anda.




Sebiji Omega setiap hari, Mealshakes bancuh dalam susu tiap pagi sebelum ke sekolah


Memang sentiasa ada dalam handbag aku yang besar tu..


Suhaila Abu Bakar SID 974961
H/P : 013-7095441
Email : suesyg77@gmail.com
FB : http://www.facebook.com/suehaila abu bakar
FB page : http:// www.facebook.com/sihatanggunceria1

Senyumlah

Sentiasalah tersenyum walau hati sedang lara...

Senyum pengubat luka..

Wednesday, December 17, 2014

Kulit bak porselin persis artis Korea

Drama Korea menjadi kegilaan sekarang. Saya suka love story...

Korang suka genre apa pulak...nilai kekeluargaan pun menarik juga..saya taklah fokus pada artis..nama artis pun saya tak ingat, tapi saya adore pada kulit mereka..macam air..macam porselin...gebu, mulus..semua orang impikan kulit macam tu..dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Sebab tu kebanyakkan produk kecantikkan datangnya dari korea..

Contoh seorang artis yang pernah saya suka suatu ketika dulu, pelakon "Auntumn in My Heart"

SONG HYE KYO
s3
Pemakanan
  • Mengelak memakan sebarang makanan berasakan cokelat, kola, dan makanan ringan. Sebaliknya dia memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan telur dalam kuantiti minima.
Rawatan Wajah
  • Dia mengamalkan masker buatan sendiri yang berasaskan campuran putih telur dan madu untuk memastikan kulit wajahnya sentiasa cerah. Jika anda ingin mencuba, sila pakai sebelum tidur dan tanggalkannya setelah ia kering. Jangan biarkan ia semalaman kerana takut keesokan harinya masker anda berubah kepada campuran tiga bahan, putih telur + madu + semut!
  • Membasuh wajahnya menggunakan susu segar.
  • Untuk memastikan wajah nan jelitanya itu sentiasa berbentuk ‘V’, Song akan mengurut wajahnya menggunakan ketulan ais kiub.
Manakala artis lelaki akan memakai BB cream untuk menutup cela selain menyuntik kolagen atau vitamin C serta plastic surgery.

Apa pun yang penting pilih lah cara yang tidak memudaratkan,..

Saya pilih untuk telan vitamin C, Vitamin E dan pakai serum Vitamin C. Keputusannya, memang tidak menghampakan.. 

19 dari berpuluh manfaat Vitamin E yang perlu anda tahu..

Pelbagai Manfaat Vita-E Complex Shaklee

  • Sebagai Anti-oksida yang kuat untuk mencegah penyakit kanser dan penyakit kardiovaskular.
  • Mencegah Penyakit jantung
  • Menurunkan tekanan darah
  • Meningkatkan pengeluaran air mani untuk kesuburan lelaki
  • Anti penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari boleh melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ia mampu mengembalikan tekstur kuli dan nada muka
  • Merangsang rambut menjadi lebih sihat dan mencegah keguguran rambut
  • Memperbaiki parut, bengkak dan ulser kulit.Boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.
  • Mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi premature.
  • Mencegah keguguran
  • Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
  • Memperbaiki arthritis dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer
  • Meningkatkan Kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • Memperbaiki peredaran darah dan rangkaian
  • Membantu dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
  • Merawat buasir, vericose vein dan sakit sendi
  • Meningkatkan prestasi atlit dan mengendurkan otot kaki dari simpulan
  • Memelihara pembekuan darah yang normal untuk penyembuhan luka yang cepat
  • Mencegah penyakit katarak, dll.
  • Meningkatkan kemampuan seksual dengan memberikan oksigen yang lebih.






Vita-E Complex Shaklee merupakan salah satu herba terbaik dari Shaklee yang semakin menyempurnakan manfaat vitamin E. Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah kerana ia merupakan vitamin E yang lengkap di pasaran saat ini yang dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E.




VITAMIN E mempunyai antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.




Untuk pesanan, boleh hubungi saya

Suhaila Abu Bakar
013-7095441
email : suesyg77@gmail.com

Bulan ke 8 bersama vitamin C Shaklee

Pejam celik..pejam celik dah lebih kurang 8 bulan saya konsisten amik vitamin c dari Shaklee.

Dengan kos hanya 40sen saya mampu!!

Sebiji sehari jer pun..

Pernah jgk try 6 biji sehari untuk dapatkan kesan yg cepat..mmg berbaloi...jerawat yg x bermata boleh plak tunjukkan mata dia...apa lgik..saya pun beroperasilah mngeluarkan nanah n darah..2 hari kemudian..jerawat tu kering...alhamdulillah..real story wei...tp biasalah, parut luka tetap ada dan akan ambil masa utk hilang..yg pnting kna rajin..

Apa saya buat?..ramai yg suggest masker vitamin e pulak..memang melekit..tp saya x sapu satu muka...just tacap kt area tompok2 hitam jer dan kena sabar juga ya kawan2..bukan harini sapu esok dah hilang bekas jerawat tu...

Sempena promosi vitamin c dan vitamin e pada bulan ni..pe kata try sebotol setiap satu...penggunaan hingga 4 bulan..mmg berbaloi..

Vitamin e bukan jer melembabkan kulit, malah miss V kita juga...

Nk try?..meh tinggalkan komen atau msg sue..013-7095441

Friday, December 12, 2014

Kuasa doa - BAD

Terima kasih Allah...kau maha mendengar..

Terjaga jam 5 pagi..terkebil2 fikir cmner nk cari duit pampers mimie..faham2 la bila dah tgh bulan, byk keperluan dah habis..

Bingkas bangun ambil wudhuk...bertahajud sebentar memohon redakan keresahan ..sempat juga baca surah kahfi dan RCA....lawan mata yang mengantuk serta perut yg mula memulas tiap kali aku nk solat...mmg cabaran btul tau..

Pagi tadi tiada berita aku akan dapat sumber kewangan..cpat2 mandi dan dhuha...aku yakin ada rezeki aku harini...aku aplikasikan teknik BAD (bertanya Allah dulu)..dengan bersungguh2 ...

Sementara tunggu ank2 bangun..aku mop lantai n basuh car porch...

Selesai semua, baru sarapan sambil on whatsapp...alhamdulillah, dalam sukar ada berita gembira...bonus Shaklee aku dah masuk..bantuan Allah datang tepat pada masanya..sujud syukur padamu ya Allah...

Speechless..

Allahuakhbar...

Terima kasih nani, aishah, biha dan yg lain sebab sentiasa bg semangat dan tarik akk kluar dari pulau alasan...

Salam subuh

Thursday, December 11, 2014

Istimewanya Kolagen Shaklee

Manfaat utama kolagen Shaklee

Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakkan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas diudara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain. Justeru itu, Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.

Jerawat? help me!!!

Sapa yang tak nak kulit sehalus dan segebu bayi..glow n shining..


Gambar sekadar hiasan..ni bukan gambar i tau...he3

Tak semua bernasib baik, lebih lagi mereka yang meningkat remaja. Masalah utama ialah hormon. Ada yang bermasalah seawal usia 10 tahun lagi..dan pasti bermacam2 produk yang akan dicuba untuk memulihkan masalah jerawat tersebut.

Ada juga kulit dah elok tapi sesaja kan nak try produk..akhirnya muka pecah...adooiiii..itulah yang terjadi kat aku sekarang ni..mula2 jerawat sebiji jer..lama2 makin banyak..konon nak try n error...

Sekarang ni teruskan pengambilan Vitamin C, zinc dan pakai serum jer..tak sentuh yang lain dah.. elakkan kafien dan banyak minum air masak..tapi bila kulit dah luka, memang makan masa nak pulih..nangis tau...mak pun sound..dah elok2 kulit tu bersih..gatal nak cuba yang lain...uwaaaa..

Alhamdulillah jerawat makin kering..tiggal kesan hitam jer...so bermasker lah pulak dengan vitamin e setiap malam...sementara tengah promosi Vitamin E dan C nie..bli lebih buat stok...




Ada yang bermasalah macam ni?..jangan ragu dan segan untuk cuba vitamin c ni yer..antioksida terbaik dan membantu menggecutkan jerawat lansung memudarkan parut...waduh..ngomong indon gitue...





Suhaila 013-7095441

Testimoni kolagen powder Shaklee

Mereka dah rasai nya sendiri...

Si kecil omega

Dia memang pantang dengar bunyi botol vitamin..mencecet lari mintak dia punya...nasib baik ada stok sebab aku amik xtra masa promosi omega bulan lepas. Rutin aku tiap pagi memang akan ambil vitamin c dan zinc...
Sekarang dia suka kunyah..dan  kelonsong omega tu dia buang...ooooo.....bau ikan je la...sib baik dia x meleset kt sofa...
Amboi...siap hisap jari lepas habiskan 2 ketul nugget...
Aku perasan..selera makan dia berkurang bila tak makan supplement..dia tak fokus utk duduk diam2 dan habiskan makanan dia...
Bukan nk bergantung dengan supplement...tapi nak seimbangkan keperluan nutrien yg dia tak dapat dari makanan..maklumlah..anak2 sekarang suka fast food...aku pun sama....he3....





buka tudung saji, cari makan sendiri...

Wednesday, December 10, 2014

Kolagen murah, kualiti tetap 1st class

Atas sebab garis panduan proses pendaftaran yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia, Kolagen akan diberhentikan penjualan buat masa sementara waktu bermula 1 Januari. Ini bermakna anda ada sehingga 31 Disember 2014 untuk membeli produk ini.   

Oleh kerana tempoh pendaftaran permohonan lesen produk yang baru akan mengambil masa 9-12 bulan, pihak Shaklee berbesar hati memberikan kepada anda PROMOSI beli 3 percuma 1. Segera dapatkan stok anda kerana penjualan akan dihentikan bermula Januari 2015.

Ha kan...ayat formal i bg u tau...baca betul2...sehingga 31 Disember 2014 tau..jangan buat2 tak baca...nanti terlepas peluang lagi nak dapat harga murah kebaboooommmmm macam ni lagi.


Tidak kira lelaki atau wanita, semua orang akan mengalami kemerosotan kolagen ini dan munculnya tanda-tanda penuaan. Tetapi bagi wanita itu semestinya mimpi ngeri kan. Cara untuk mengatasinya mudah sahaja iaitu dengan mengambil kolagen tambahan kerana tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa dan susuk tubuh yang awet muda.
Sejak kebelakangan ini, memang banyak produk kolagen di pasaran tidak kira untuk minum mahupun untuk pakai luaran. Tetapi apa yang anda perlu tahu, size molekul kolagen besar dan tidak boleh meresap melalui kulit. Sebab itulah kolagen yang dipakai luaran kurang berkesan. Yang terbaik adalah kolagen yang diminum dan tahukah anda apa produk kolagen terbaik di pasaran?
Kenapa mesti Collagen Powder Shaklee?
    • Collagen Powder Shaklee mengandungi400mg proprietari RSS collagen
    • Collagen Powder Shaklee mengandungi kolagen yang tulen, berkualiti tinggi dan diektrak dari sisik ikan merah (ikan merah adalah sumber collagen terbaik kerana daya ketahanannya)
    • Molekul kolagen Shaklee sangat ringan untuk memudahkan diserap oleh badan bagi kesan yang cepat dan hebat
    • Collagen Powder Shaklee mengandungi 7 bahan tambahan termasuk Vit B dan C yang menyokong kecantikan dalaman dan luaran anda



7 Bahan Utama Shaklee Colagen Powder Yang Menjadikan Kulit Lebih Cantik Luar dan Dalam
– Ekstrak biji benih Camelia Japonica
Melembabkan kulit, bertindak sebagai antioksidan dan mengurangkan radikal bebas

– Ekstrak Pfafia
Menyokong pembetukan kolagen dan asid hialuronik. Menghidratkan tisu badan dan
menjadikan kulit lebih lembut, lembap dan rata

– Elastin Kolagen Ikan
Mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit serta menjadikan kulit lebih gebu.

– Ekstrak kerang-kerangan
Melicinkan pergerakan sesendi dan melempabkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata

– Lactobacillus acidophilus
Bakteria baik yang memudahkan pembinaan semula usus sihat bagi meningkatkan
penyerapan kolagen

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh Whatsapp sue terus 013-7095441...harga dan servis tip top i bg kat uolsss...

Makin banyak makan, makin senang kurus..

Dulu 120kg...sekarang 99kg

Mana pula disedekahkan lemak2 yg dah tepu dalam badan tu?

Jangan tak tahu si jejaka ni adalah anak buah saya dalam grup Millionair in Shaklee...ofcoz la dia akan ambil produk Shaklee..

Menurut en.k roy ni...mkin dia byk mkn..makin mudah berat dia menyusut..mungkin sebab makanan tu membantu meningkatkan metabolisma badan dia..

Hanya mengambil cinch shake perisa coklat dan omega jer untuk mendapatkan berat idaman...

Pengambilan omega membantu mempercepatkan pembakaran lemak, di samping menyingkir kolesterol jahat..

Cinch shakes pula membantu mengentalkan otot..so, idakler menggelebah kulit2 lengan, peha dan perut akibat kehilangan lemak tu nanti..

Syabas en. K roy....semoga trus berdiet secara sihat dan selamat bersama Shaklee..

Nak tau lebih lanjut cara dan tips pemakanan beliau?...hubungi saya 013-7095441...

Tuesday, December 9, 2014

Obses Cantik


Mana satu pilihan anda?


Hanya telan sebiji sehari untuk kesan selamat malah lebih ekonomi..Biar lambat asal selamat..



Suntikan untuk kesan segera...kos?? sila survey ok...jangan salah pilih dan ambill yang murah tapi rupanya tiruan..

Dia bukan abah kandung saya..

Power of Sedekah

Dia adalah abah kepada seseorang.

Kelab roti menemukan kami..

Secara tak langsung semua pengikut "Kelab Roti" memanggilnya abah.

Seorang insan yang tak pernah lokek berkongsi resepi...banyak yang saya pelajari walau roti saya tak pernah menjadi GEBU seperti yang diharapkan.

Abah tekun, dari roti yang biasa2...terus jadi roti GEBU luarbiasa...abah juga tak malu untuk bertanya apa salah silap yang menjadi punca roti tak naik dan jadi gebu.

Baru2 ni saya dapat tahu khabar abah sakit, itupun dari kelab roti yang saya baru terjah bila mood meroti saya datang..Allahuakhbar, tak sangka berat cabaran yang abah lalui..ni adalah tulisan beliau kepada admin kelab roti sendiri..

"Ustaz abdullah Mahmod

Pn Nor Jannah (admin kelab roti)  izinkan abah nak cerita sesuatu utk anak2 abah di KR.setelah doktor sahkan abah kena kanser paru2 stage4 abah tak cukup air mata nak nangis. Dr kata abah nak kena kimo. Abh tak nak kimo. Abah minta nak mkn pill shj. Dr kata pill kerajaan tak supply kalau nak kena beli sendiri..harga pill 1 kotak utk 1bulan harga rm8k.dr kata abah kena makan lebih kurang dlm 6 kotak harga lebih kurang rm32k..mana abah nak dapat sebanyak itu..abah doa semoga Allah permudahkan urusan abah...tiba2 dlm masa tak sampai sebulan abah di hospital. Subhanallah ramai org dtg melawat dengan menghulurkan berbagai2 sumbangan..dengan jumlah wang melebeli dari yg abah harapkan. So anak2 abah ini kisah benar...JANGANLAH TAKUT UTK JADI PEMURAH...TAKUTLAH DARI MENJADI KEDEKUT....tq semua love u all"

Pesanan abah tu betul2 meresap dalam jiwa sayang yang kadang was2 untuk bersedekah..terima kasih abah, semoga abah kuat dan tabah dengan cabaran ini..abah insan terpilih..




foto dari fb abah







Monday, December 8, 2014

Siapa perlukannya..



SIAPA YANG PERLUKAN VITAMIN C? 

  • Perokok dan mereka yang bergaul dengan perokok (Vitamin C mudah musnah oleh pencemaran udara iaitu asap rokok. Jadi orang yang duduk sekeliling akan terkena tempiasnya)
  • Ibu mengandung atau ibu menyusu dan juga ibu selepas bersalin.
  • Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan.
  • Kanak-kanak
  • Orang yang mudah demam dan selsema
  • Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolesterol tinggi dan darah tinggi
  • Anemic (Pesakit yang mengalami kurang darah)
  • Orang yang nak kulit gebu, anjal dan awet muda
  • Orang yang nak improve sexual health
  • Orang yang nak kurus
  • Orang yang stress & moody

AMARAN!
  • 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C!
  • Keresahan / stress akan percepatkan penyusutan Vitamin C!
  • Kontraseptif, pil penahan sakit dan pil perancang antara pil yang akan menyusutkan Vitamin C yang banyak
  • Terlebih dos vitamin c (melebihi 12 biji sehari) akan menyebabkan sedikit cirit birit

Tazkirah

Tazkirah
15Safar 1436@8/12/2014

Istighfar Penguli Roti

Imam Ahmad bin Hanbal dlm perjalanannya menuntut ilmu, akhirnya beliau terpaksa bermalam di sebuah masjid. Malang sekali apabila penjaga masjid menghalang beliau daripada bermalam di situ.

"Ini bukan tempat untuk tidur!" katanya.

Bukan salah penjaga masjid itu yg tidak mengenali Imam Ahmad. Beliau pula tidak memperkenalkan diri. Jika penjaga itu mengenali beliau, pasti dia tidak menghalang Imam Ahmad menumpang tidur. Walaupun beliau memujuk penjaga masjid tersebut untuk dibenarkan tidur untuk hanya beberapa jam, namun tidak berhasil.

Kemudian, Imam Ahmad mengambil keputusan berbaring sahaja berdekatan pintu masjid. Namun, di situ pun si penjaga masjid menghalangnya.

Pada masa itu, seorang pembuat roti menyaksikan peristiwa tersebut. Dia merasa simpati kepada beliau. Lantas, dia mengajak Imam Ahmad yg tidak dikenali itu untuk bermalam sahaja di kedainya. Lelaki ini adalah pengusaha sebuah kedai roti. Setelah menunjukkan Imam Ahmad tempat tidurnya, si pembuat roti meneruskan kerjanya.

Imam Ahmad tidak terus tidur. Dia memerhatikan sesuatu yg menarik pada perlakuan lelaki itu. Setiap gerakan tangannya menguli roti, diiringi istighfar yg tidak henti-henti. Imam Ahmad kagum dengan amalan pembuat roti tersebut. Beliau ingin sangat mengetahui rahsianya.

"Sejak bila engkau beristighfar seperti ini? tanya Imam Ahmad.
"Alhamdulillah tuan, sejak lama dahulu."
"Adakah engkau mendapat keuntungan dengan sentiasa beristighfar?"
Pantas dia menjawab, "Ya! Setiap hajat & permohonan saya sering dimakbulkan Allah. Cuma ada satu sahaja hajat yg belum dimakbulkan, wahai tuan."
"Apakah itu?"
"Saya berdoa agar dapat melihat Imam Ahmad bin Hanbal tetapi belum dipertemukan dengannya lagi."

Terkejut Imam Ahmad mendengar jawapannya itu. Lalu Imam Ahmad berkata, "Wahai saudara. Akulah Imam Ahmad bin Hanbal. Allah telah membawa aku untuk bertemu denganmu."

Begitulah bukti kelebihan istighfar sehingga Allah merakamkan dalam surah Nuh ayat 10-12. Dalam ayat ini, Allah menceritakan bahawa Nabi Nuh menggalakkan umatnya beristighfar kerana ganjarannya banyak, antaranya:

1-Allah menurunkan hujan lebat yg dapat menyuburkan tanah-tanah mereka, sehingga menghasilkan tanaman & buah-buahan yg mendatangkan kebaikan kepada mereka.

2-Allah akan menganugerahkan kepada mereka harta kekayaan yg banyak & beraneka rupa & ragam.

3-Allah menganugerahkan zuriat yg akan melanjutkan keturunan mereka sehingga mereka  pupus. 

4-Allah mengalirkan sungai yg berperanan mengairi kebun-kebun mereka, sehingga tanam-tanaman hidup subur & menghijau.

Walaupun wasiat ini berkaitan dengan perutusan Nabi Nuh tetapi sesuai dengan perutusan al-Quran yg manfaatnya bersifat kekal. Lihatlah, walaupun si penguli roti mempunyai hajat yg kecil tetapi Allah memakbulkannya, berkat istighfar yg diamalkan. Dalam dia sibuk menguruskan kehidupan, Allah telah memenuhi hajatnya.

Wassalam

Sunday, December 7, 2014

Menjaga Hidrasi Kulit

Cuaca yang ekstrim, baik panas maupun dingin, akan membuat kulit kehilangan kelembapannya. Kulit boleh menjadi kering, berkedut, atau muncul masalah kulit yang lain.
Menjaga kelembapan kulit akan mempertahankan elastisitasi dan kekuatan kulit. Apabila mengeringkan tubuh selepas mandi, oleskan pelembap pada kulit Anda.
Untuk kulit yang terlalu kering, oleskan baby oil ke kawasan kulit kering tersebut ketika kulit masih basah setelah mandi.
Selain merawat kelembapan kulit dari luar, Anda juga harus mengimbangi menghidrasi kulit dari dalam tubuh. Pastikan untuk minum air sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari.

Kuasa Oren

Kuasa SR Vitamin C Shaklee..dari 7 biji buah Oren


                                     

  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Jangan Tinggal Omega 3




Minyak ikan laut dalam mengandung asid lemak Omega-3 yang terdiri dari EPA dan DHA, ia-itu asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita. Ianya boleh didapati dengan banyaknya di dalam ikan air sejuk berlemak tinggi seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak. Apa manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi dari minyak ikan? Baca seterusnya:


Tanpa asid lemak dalam makanan harian kita, kita mengambil satu langkah ke arah kematian. Asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita terbahagi kepada dua: Omega-6 EFAs and Omega-3 EFAS. Omega-6 boleh diperolehi dari minyak sayuran dan Omega-3 dari minyak ikan dan beberapa minyak lain.

Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung, hipertensi, darah tinggi, obesiti, kencing manis, penuaan dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6 yang tidak seimbang.

EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid, kencing manis, penyakit Raynaud dan kolitis ulseratif. 

Banyak lagi penyakit dan keadaan yang dapat diatasi dengan pengambilan minyak ikan.  Apa pun jika diambil secara berlebihan mungkin akan membawa kemudharatan tetapi sekiranya tidak diambil langsung, seperti asid lemak, juga boleh membawa kemudharatan. Bertanyalah kepada pakar permakanan, berapa banyak ikan yang perlu anda makan sesuai dengan umur dan keadaan kesihatan anda.

Bagi mereka yang tidak suka memakan ikan, dapatkan permakanan tambahan minyak ikan yang mengandungi asid lemak Omega-3 dari farmasi, kedai makanan kesihatan atau pengusaha jualan langsung (yang berdaftar). (sumber kesihatan.biz)


Boleh saya rekmenkan minyak ikan mana yang perlu pilihan anda?

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee.

1. Diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Satu2nya minyk ikan Omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. Sebiji Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak Omega 3, EPA dan DHA.

6. Dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.

7. Kaedah ultratulen adalah proses penyulingan propristari 3 molekun untuk mengekstark Omega 3 yang tulendan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.



Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee  juga membantu memperbaiki masalah insomnia.


Petua awet muda...

Awet Muda

(1) Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

(2) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

(3) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Bersih dari jeragat

Saturday, December 6, 2014

Doa dari jauh..selamat pengantin baru..

Part 1...
#campakbelakang wedding of the year my cousin...
Sekitar majlis pernikahan Hazimah n Suhaimi 05/12/2014..
Semoga kekal hingga ke jannah..









mak pengantin..


Sekali lafaz...alhamdulillah


Pak Teh berkenalan dengan pengantin di dapur masak...ha3..


Baju flower girl family Nur Zawani...dorang pakai kat JB ler nmpaknya...



My sis in law




Adik beradik pengantin perempuan..yg belakang tu sapa eh..


Berarak pulak..


My dad & Pak Uda...


Family Mak Uda


Insan penting masak nasi kenduri...mmg terbaik tau masakannya...dari Jb ke Penang demi anak sedara..



My sis in law baru sampai dari KL ...












\




Nasi minyak pengantin....

Nuffnang Ads