Saturday, December 6, 2014

Air detox?..apa tu?

Apakah air detox atau infused water ..
Infused water ni ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan semalaman...klu aku cfrm terus minum..jenis unsabar...he3..
Cara buat senang jer.. Potong buah yang ada dan campurkan dalam botol air dan biarkan semalaman. Pagi esok bangun dan minum infused water ni. Walaupun kadang-kadang masam,tapi demi  kesihatan dan bertindak sebagai air detox,  telan je la..x jadi racun pun..
Infused water ni bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut. Selain tu :
1. Membantu untuk mereka yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan . Kena la buat selalu untuk nampak hasilnya.
2. Membantu untuk minum air masak. Tau kan badan kita perlukan air yang banyak dan kalau berat 25kg sama dengan 1 liter air. Maksudnya kalau berat 50kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari. Dari minum air yang bergula hari-hari, lama-lama nanti ada pula kencing manis. Bahaya ok..
3. Membantu untuk meningkatkan metabolism badan.
4. Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak.
Hasil buah-buahan yang kita campurkan ini mempunyai fungsi dan khasiat tersendiri. 
Banyak resipi air detox atau infused water yang kita boleh gunakan dan apa yang penting kita menjaga kesihatan kita sendiri untuk memudahkan kita melakukan aktiviti harian..

No comments:

Post a Comment

Komen lelaju lepas baca..tq..muahhh!!

Nuffnang Ads