Wednesday, December 17, 2014

Kulit bak porselin persis artis Korea

Drama Korea menjadi kegilaan sekarang. Saya suka love story...

Korang suka genre apa pulak...nilai kekeluargaan pun menarik juga..saya taklah fokus pada artis..nama artis pun saya tak ingat, tapi saya adore pada kulit mereka..macam air..macam porselin...gebu, mulus..semua orang impikan kulit macam tu..dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Sebab tu kebanyakkan produk kecantikkan datangnya dari korea..

Contoh seorang artis yang pernah saya suka suatu ketika dulu, pelakon "Auntumn in My Heart"

SONG HYE KYO
s3
Pemakanan
  • Mengelak memakan sebarang makanan berasakan cokelat, kola, dan makanan ringan. Sebaliknya dia memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan telur dalam kuantiti minima.
Rawatan Wajah
  • Dia mengamalkan masker buatan sendiri yang berasaskan campuran putih telur dan madu untuk memastikan kulit wajahnya sentiasa cerah. Jika anda ingin mencuba, sila pakai sebelum tidur dan tanggalkannya setelah ia kering. Jangan biarkan ia semalaman kerana takut keesokan harinya masker anda berubah kepada campuran tiga bahan, putih telur + madu + semut!
  • Membasuh wajahnya menggunakan susu segar.
  • Untuk memastikan wajah nan jelitanya itu sentiasa berbentuk ‘V’, Song akan mengurut wajahnya menggunakan ketulan ais kiub.
Manakala artis lelaki akan memakai BB cream untuk menutup cela selain menyuntik kolagen atau vitamin C serta plastic surgery.

Apa pun yang penting pilih lah cara yang tidak memudaratkan,..

Saya pilih untuk telan vitamin C, Vitamin E dan pakai serum Vitamin C. Keputusannya, memang tidak menghampakan.. 

No comments:

Post a Comment

Komen lelaju lepas baca..tq..muahhh!!

Nuffnang Ads