Tuesday, November 26, 2013

Alfalfa Shaklee

Alfalfa rawat kencing manis

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tak sangka percubaan bagi mak makan Alfalfa telah menurunkan paras gula dalam darah..Hanya dalam tempoh yang singkat iaitu 14 hari...Mulanya x percaya sebab sblm ni mak pernah cuba bermacam2 rawatan moden dan traditional tapi bacaan hanya setakat border line jer..dengan alfalfa Shaklee bacaan turun hingga paras 5.5...Alhamdulillah kan...




Apa itu alfalfa..

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster
Ni cuma sebahagian sahaja tau manfaat alfalfa ...ada mcm2 lagi...


Ni lah rupa bentuk alfalfa tu...dalam bentuk pil.....mudah nk telan...

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil produk ini.

Shaklee Alfalfa Complex merupakan satu formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s...Apa keistimewaan alfalfa jenama Shaklee berbanding yg lain?Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin (It isorganically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant.The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity).. Dan yg bestnyaShaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.



ALFALFA MERAWAT KEPUTIHAN

Saya sekadar nak berkongsi apa kata pengguna2 yang telah merasai sendiri perbezaan ke atas masalah keputihan mereka apabila konsisten mengambil Alfalfa COmplex.. ( juga kesan ke atas keintiman wanita.. ni bagi yg dah berkahwin lah yaa.. )..

Keputihan ni adalah normal di kalangan wanita jika ia hanya lendir putih, jernih ,cair tidak berbau dan tidak berasa gatal... Tetapi keputihan itu boleh dikategorikan sebagai bermasaalah apabila ia bersifat pekat, berwana putih kekuningan, berbau, diiringi rasa gatal2.. Jgn anggap ianya masalah kecil ya. .. ataupun akan hilang dgn sendiri.. Tahukah anda masalah keputihan ni disebabkan jangkitan kulat. Jika ia tak dirawat, tak mustahil ia akan merebak dan menyerang organ2 penting dlm badan... Malah yg lebih teruk, ia mampu merebak ke pasangan kita..Dimana kesannya organ seksual lelaki juga turut akan berasa gatal,melecet dan kemerahan..


Antara manfaat lain alfalfa



Cuba tengok perbezaan gambar ni...ha..muka makin runcing kan...gambar menceritakan segalanya...gabungan hebat alfalfa dan lecithin menghasilkan wajah yang runcing...mcm x percaya jer...mcm x percaya je kan..kan..kan...

Tp kena percaya... ; )

Testimoni sendiri..memang puas hati..berminat dengan produk nie?? boleh hubungi saya ...

Salam sayang untuk semua



Kepentingan Air dalam kehidupan


KELEBIHAN MINUM AIR


Ramai yang beralasan tak suka minum air putih, takut kembung, asik nk kencing jer..bak kata mak saya " tak kering lantai tandas tu"...ha3...tp kalau air manis punya lah laju, harap lepas baca entry ni mesti akan menggubah persepsi uols terhadap air masak kalau boleh air yang bertapis..

1. AGAR TUBUH TETAP SEJUK

Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

2. MENGUMPULKAN NUTRISI


Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

3. MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK

Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai 'pembantu' untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.

4. MENJAGA KULIT TETAP HALUS

Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

5. MENGHINDARI BATU KARANG

Batu karang 'tumbuh' ketika zat - zat atau komponen 'sampah' yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti 'pasir' akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah 'batu'. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.


Petikan dari blog mamafaiz..

"ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter.Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.


“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.
Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari. ~Sumber : Harian Metro

Sebab tu sesiapa yan gemuk air tu bukannya sebab byk minum air tetapi kerana kurang air. Otak akan memberi arahan kepada badan supaya simpan air secukupnya sebab takut kurang air untuk proses dalam badan. Bila kita minum air yang cukup, otak akan beri arahan.."ok harini boleh lancarkan proses perkumuhan yang baik sebab tuan punya badan cukup minum air"...yeayyyy...

So, jangan lokek untuk minum air yer..jangan seksa badan ..merana wooo...


Cara mudah supaya anda boleh minum air..

~ Minum segelas air selepas bangun daripada tidur.
~Minum segelas air sebelum masuk tidur.
~Minum 3 teguk air setiap setengah jam
~Minum 3 teguk air selepas buang air kecil atau selepas menyusukan bayi(bagi yg bfeed lah)

tak pun..sediakan beberapa  botol air putih di tempat yang mudah dilihat....so bila terpandang jer botol tu...trus minum...jangan buat x nmpak botol tu sudah lah yer....

Salam sayang...


Friday, November 22, 2013

B-complex shaklee





Ramai yang bertanyakan saya KENAPA AIR KENCING JADI KUNING lepas consume Vitamin B Complex. Jangan risau ye, tiada apa yg bahaya. Jom saya terangkan.

Warna kuning pada vitamin B Complex ialah disebabkan vitamin B2 atau digelar Riboflavin. Berikut, definisi yang saya petik dari Wikipedia

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. Jadi, anda tak perlu risau lagi ye jika anda lihat urin tiba- tiba bertukar menjadi kuning...Apa yang anda perlu lakukan hanyalah minum air kosong dengan lebih banyak : ) 


Memandangkan Vitamin B Complex ialah vitamin larut air, molekul yang berlebihan dan tidak diperlukan akan disalur keluar melalui air kencing. Jika kekurangan air, urine anda akan kelihatan kuning pekat disebabkan riboflavin tadi. Jadi, selepas mengambil B Complex, pastikan pengambilan air kosong yang banyak. InsyaAllah, warna urine akan menjadi normal

Jom kenal mana satu warna urin anda...

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome


MANFAAT B-COMPLEX


  • Menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yangsihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecatatan otak atau tulang belakang.
  • Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
  • Mencegah anemia - membantu pembetukan sel darah merah yang sihat dan  antibodi, meransang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah pericche - dikenali sebagai rekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.
  • Detoksifikasi - meredakan alahan

Bagaimana Memilih B-Kompleks yang baik?


  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  3. Pastikan jurang peratusan nilau harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  4. Elakkan pengambilan B-kompleks yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)





Sunday, November 17, 2013

Omega Guards Shaklee


Ketika lahir, saiz otak bayi hanya kira-kira ¼ saiz otak orang dewasa. Kebanyakan bayi dilahirkan mempunyai lebih daripada 100 bilion sel otak yang masih belum dihubungkan antara satu sama lain. Bagaimanapun, otak bayi boleh berfungsi pada kelajuan secepat kilat dan mampu membentuk rangkaian hubungan yang baru di antara sel otaknya pada kadar tiga billion sesaat. (info majalah pa&ma)


Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi, pasti tidak asing bila mendengar nama DHA dan ARA. DHA dan ARA merupakan asid lemak yang sangat diperlukan bayi untuk perkembangan otak dan ketajaman penglihatan. Hampir semua pengeluar susu formula berlumba-lumba memperbanyakkan kandungan DHA dan ARA. Harga susu akan naik berlipat kali ganda jika mengandungi DHA dan RNA berbanding yang tidak mengandungi asid lemak essential itu.

Sebenarnya bayi kita mampu memperolehi DHA dan ARA secara percuma. Dimana? Sudah tentu didalam susu ibu. Sebagaimana yang kita tahu, bayi yang menyusu ibu sepenuhnya, perkembangan otaknya lebih bagus jika dibandingkan dengan bayi yang memnggunakan susu formula. Dari kajian yang dilakukan, didapati susu ibu mengandungi asid lemak ini. Walaupun jumlahnya sedikit, tapi ternyata ia sangat penting untuk perkembangan intelektual dan penglihatan anak.

Dari kajian yang dilakukan didapati :

  •  Bayi bayi yang mendapatkan susu formula yang diperkaya dengan LC-PUFA (contohnya DHA dan ARA) menunjukan ketajaman penglihatan yang lebih baik daripada mereka yang mendapatkan susu formula tanpa LC-PUFA.
  • Bayi  yang mendapatkan susu formula dengan DHA dan ARA memiliki ketajaman penglihatan yang sama dengan bayi bayi yang mendapat ASI, sementara mereka yang mendapatkan susu formula tanpa DHA dan ARA ketajaman penglihatannya lebih rendah.
  • Bayi  yang mendapatkan susu formula yang diperkaya dengan DHA dan ARA mengalami peningkatan kemampuan intelektual dibandingkan mereka yang mendapat susu formula tanpa DHA dan ARA.
  • Pada bayi prematur yang mendapat tambahan DHA dalam makanannya ternyata menunjukan peningkatan perkembangan sel sel di retina dan ketajaman penglihatan, serta peningkatan perkembangan sel sel di korteks otak dan kemampuan belajar serta mengolah informasi.
Disebabkan itu, didapati bayi yang minum susu ibu lebih cerdas dan bagus penglihatannya jika dibandingkan dengan bayi yang mengambil susu formula. Oleh sebab itu, ibu yang hamil atau menyusukan anak, perlulah memperkayakan sumber makanan yang tinggi kandungan asid DHA dan RNA kerana, mengambilan yang cukup, secara tak langsung akan meningkatkan jumlah asid lemak tersebut didalam susu ibu.
Apa sebenarnya fungsi DHA dan ARA dalam perkembangan otak dan mata bayi?
DHA dan ARA merupakan komponen utama lemak membran sel dan merupakan asid lemak tak perlu rantai panjang (LC-PUFA) utama dalam sistem saraf pusat. DHA juga merupakan komponen utama membran sel fotoreseptor retina. Melihat peranannya yang vital, wajar jika kekurangan DHA dan ARA dapat berpengaruhi perkembangan otak dan mata bayi.
Pertumbuhan otak maksima bayi ialah semasa 3 bulan terakhir kehamilan sehingga kurang lebih usia 2 tahun. Oleh itu, dalam tempoh  tersebut bayi sebaiknya mendapat DHA dan ARA dalam jumlah cukup, yang dapat diperoleh dari susu ibu.

Apa Itu DHA??

DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90% daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dalam rahim ibu!
Semasa hamil, bayi memperolehi DHA daripada rahim ibu. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantung kepada jumlah DHA yang diambil ibunya.
Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam kebanyakan vitamin pra-lahir yang mereka ambil.

APA ITU RNA?

Asid ribonukleat (bahasa Inggris:ribonucleic acid, RNA) adalah satu dari tiga makromolekul utama (bersama dengan DNA dan protein) yang berperan penting dalam segala bentuk kehidupan.
Asam ribonukleat berperan sebagai pembawa bahan genetik dan memainkan peran utama dalam ekspresi genetik. Dalam dogma pokok (central dogmagenetika molekular, RNA menjadi perantara antara informasi yang dibawa DNA dan ekspresi fenotipik yang diwujudkan dalam bentuk protein.
Manfaat Kepada Bayi dan Kanak-kanak
Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.
Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu (susu ibu), dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi. Kajian menunjukkan pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung akan memberi keberhasilan yang lebih baik terhadap perkembangan bayi, dari segi :
* Penyelarasan mata dengan tangan
* Kemahiran gerakan bermotor
* Jangka tumpuan yang lebih panjang
* Markah IQ yang lebih tinggi
Dos Yang Disyorkan
Pakar dari National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ISSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300mg DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu. Terdapat banyak susu formula untuk pra lahir dan untuk bayi yang mengandungi DHA, tetapi paras DHA selalunya rendah. Suplemen tambahan masih lagi diperlukan dan disyorkan.
Di samping itu, sesetengah kajian menyarankan paras DHA yang mencukupi dalam diet seorang ibu yang baru melahirkan anak, mungkin memainkan peranan dalam membantu mewujudkan keafiatan dan kesejahteraan emosi ibu tersebut selepas melahirkan anak.

Mengapa Omega Guard Shaklee?



Omega Shaklee telah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita . Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3. Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga… kalau enzim dalam badan tak berapa bagus, tak banyak lah ALA yang diuraikan. Haa… jangan taktau dalam Omega Guard Shaklee ada semua tu.. DHA, EPA, ALA…

EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .



Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?

  • Ibu hamil

  • Ibu menyusu

  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat

Kejayaan anak membuatkan saya lebih yakin dengan Shaklee.

Aiman meraih 5A dalam peperiksaan UPSR 2013,
Ain mendapat anugerah cemerlang dalam subjek Sains dan Pendidikan Seni Visual
Sara meningkatkan graf akademik dr 59% - 74% (Tadika Pintar Bistari)

Jadilah ibu bapa yang bijak memilih yang terbaik untuk anak anda .. saya telah memilih untuk menjadi ahli keluarga Shaklee kerana Omega Guards telah membantu anak2 saya cemerlang.

Anda juga mesti dapatkan Omega Guards untuk si manja anda… Minyak ikan terbaik, bebas bahan kimia, dan semestinya halal!

Hubungi saya untuk info lanjut..
Suhaila (SID 974961)
whatsapp/sms/viber 013-7095441






Monday, November 4, 2013

Vivix~Penawar Ajaib


Apa itu VIVIX?



Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenolmenjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.






10 KEBAIKAN VIVIX:

1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan



Walaupun ESP tetap gebu dan best, rasa berkrim dan disukai ramai, ternyata saintis shaklee tetap berusaha untuk mencari solusi bagi memberikan khabar gembira kepada dunia, melambatkan proses penuaan, dan akhirnya tercipta satu produk yang diberikan nama VIVIX. Macam -macam bunyi bahan yang ada, tapi yang paling penting sekali yang korang kena ingat ialah Polifenol, satu khasiat semula jadi, untuk anti oksida dan awet muda, anti penuaan.

Memahami Konsep DNA
~~~~~~~~~~~~~~~

Struktur DNA dalam badan kita, ianya ialah teras, basic unit, dalam sel kita, yang mengkodkan setiap unsur-unsur benda hidup dalam dunia ni. Secara teorinya, permasalahan yang berlaku ketika ini dalam penuaan ada empat :-

1.Kerosakan DNA - Secara asasnya, pemulihan DNA, ialah konsep untuk menghidupkan kembali sel dan organ. Kerosakan DNA akan berlaku, bila usia kita meningkat. Jadi nak tak nak, badan kita ni, semakin lemah.

2.Perubahan Proses Genetic DNA - Salah satu sebab berlakunya penuaan ialah berlakunya penukaran proses DNA, dari proses pembesaran kepada proses pemulihan. Kiranya, pada usia kita meningkat, proses DNA untuk pembesaran berlaku, dan sampai satu tahap , sistem genetic ini bertukar kepada sistem pemulihan DNA, kerana masa ni, sel kita dan banyak rosak, sebab banyak sangat terdedah dengan oksida oksida dan bahan-bahan tercemar di luar sana.

3.Sel Mitochondria - secara semula jadinya berkurang, menyebabkan kekurangan tenaga untuk sel berfungsi, dan seterusnya membuatkan organ dan tisu anda tidak berfungsi seperti biasa. Untuk senang nak faham , kalau sel dah kurang tenaga, tentulah organ kita pun tak boleh buat kerja macam biasa.

4.Advanced Glycation End Products (AGE Protein) hahaha, yang ni bunyi macam pelik sikit, katanya benda ni macam plug kat gigi, bila dah banyak sangat AGE Protein dihasilkan, fungsi organ kita dah tak berapa betul nak buat kerja, tidak berfungsi dengan baik.







Vivix juga telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit-penyakit serius, antaranya :

• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh




Keterangan lanjut mengenai Vivix??? boleh hubungi saya...013-7095441











Sesi Melembabkan Wajah

Selamat pagi..hari Isnin yang indah. En suami kena pergi "work"...he3...anak2 masih bercuti..hmmm..harini kena operasi kasut sekolah yer anak2...

Sblm tdur smlm en. suami mintak sesuatu...hmmm...apa tu???...rupanya dia mintak Vitamin E yang selalu saya makan..kulit dia bermasalah...mudah gatal2 kalau salah makan...so berkongsilah kami 3 beranak..

Untuk anak sulung - nk hilangkan parut jerawat..dh bermacam saya bagi dia untuk kurangkan jerawat dia...tp alhamdulillah pilihan kali ini serasi dengan dia..

Saya sendiri nk pudarkan parut ciken pox..

Baru seminggu guna ..dh terasa kelembapan pada kulit, muka pun dah tak berminyak bila bgn pagi..rasa selesa sangat...

Dan pilihan saya tentulah Shaklee..


Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocophery acetate selain lengkap dengan Selenium (as selenium yeast)

Mengandungi :-
*Vitamin E (400IU) dari sumber semulajadi, minyak sayuran

*Selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti Vitamin E

*Grape seed extract (biji anggur)

Yang penting, tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawer tambahan

Pengambilan Vita E perlulah lengkap dengan Selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum kerana tanpa selenium, ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerrana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Sekiranya anda pengamal Vita E bukan berjenama Shaklee, pastikan anda juga membeli vitamin selenium supaya vitamin E tersebut dapat berfungsi dengan lebih baik.

Grape seed extract yang terdapat dalam Vita E Shaklee mengandungi pelbagai khasiat dan terbukti berkesan untuk membantu mengatasi kanser, serta amat baik untk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika di amalkan secara konsisten.

Grape seed extract juga terbukti berkesan untuk:-

*menguatkan sistem imunisasi badan
*menurunkan paras kolestrol
*menghalang pembentukan darah beku


Banyak gelaran diberi untuk Vitamin E Shaklee ni ..ada yang panggil VITAMIN CINTA, VITAMIN MALAM JUMAAT malah ada jugak yg kata sebagai "SEX FOOD"

Jom baca peranannya kepada pasangan~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Peranan Vitamin E kepada Suami

1) Lebih bertenaga
2) Ereksi yang lebih lama
3) Lebih cepat terangsang
4) Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat

Peranan Vitamin E kepada Isteri

1) Lebih bertenaga
2) Ereksi yang lebih lama
3) Lebih cepat terangsang
4) Untuk menstabilkan hubungan seks/kewanitaan

Vitamin E amat membantu wanita dalam menstabilkan hormonnya sekaligus meningkatkan citarasa seksual terutama bagi wanita lepas bersalin yang memang rata-rata hilang mood dengan suami..betul x.. ; )

Vitamin E juga merupakan antioksidan yang hebat dan membantu mengelakkan masalah berkaitan dengan kanser prostat, kanser payudara, kanser serviks dan ovari

Jadikan hubungan suami isteri lebih meriah tanpa ubat-ubatan terlarang yang boleh menjejaskan kesihatan diri dan pasangan.

Kombinasi akan lebih harmoni sekiranya di ambil bersama alfalfa kerana fungsi alfalfa kerana boleh mengurangkan masalah "kekeringan ketika bersama" dan membantu mengurangkan masalah keputihan wanita.

Pst : menurut kajian, hasil dari pengambilan Vitamin E ini dapat dirasai dalam masa seminggu...walla...cepat kan...he3...

*selamat diambil oleh suami, isteri dan ibu menyusu.
*wanita hamil dilarang sama sekali

Tapi ada byk vitamin E di pasaran.. nak beli yg mana satu?
Ambillah vitamin E yang asli ,cuba cek labelnya pada botol - alpha tocopherol dan pastikan vitamin E itu beserta sekali unsur selenium agar penyerapan berlaku dengan lebih baik.

Suhaila Abu Bakar
SID 974961
013-7095441

Sunday, November 3, 2013

Salam Kenal

Assalamualaikum...

Teruja tgk rakan blogger yg punya byk idea untuk di curah dan di kongsi dlm blog. Hati pun teringin jgk...selama ni berkata2 dlm hati..x terluah pun...Tapi sejak baca buku Mudahnya Menjemput Rezeki...terdetik pulak kenapa nk simpan sorang2 kan..klu kita x luahkan, org x tahu,,jangan panic yer..bukan curahan masalah keluarga...tp curahan idea dan pendapat yang di perolehi dari membaca, pergaulan rakan, keluarga dan keletah anak2...

Impian, semua orang punya impian...dh terlaksana belum??? dulu saya punya pun belum...tp sekarang SUDAH!!!...hepi kan bila impian jadi kenyataan...nk tau mcm mane nk impian  terlaksana???

DOA..itu yang saya sentiasa amalkan...jangan lokek untuk berdoa dengan bersungguh2...jangan malu luahkan dengan pencipta kita..Janji Allah itu pasti..klu kita berjanji mesti kita akan sebut " Insyaallah"...tp klu Allah...dia akan tepatinya...

TULIS IMPIAN...ha..ni yang best...memang mula2 malu..yelah dh besar2 nk tulis impian kat kertas pastu tampal kt dinding...tiap hari tengok dan baca...kat ctu semangat kita akan sentiasa membara...

Sekian untuk hari ini...cubaan pertama menulis di blog..he3...

Nuffnang Ads