Friday, November 22, 2013

B-complex shaklee





Ramai yang bertanyakan saya KENAPA AIR KENCING JADI KUNING lepas consume Vitamin B Complex. Jangan risau ye, tiada apa yg bahaya. Jom saya terangkan.

Warna kuning pada vitamin B Complex ialah disebabkan vitamin B2 atau digelar Riboflavin. Berikut, definisi yang saya petik dari Wikipedia

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. Jadi, anda tak perlu risau lagi ye jika anda lihat urin tiba- tiba bertukar menjadi kuning...Apa yang anda perlu lakukan hanyalah minum air kosong dengan lebih banyak : ) 


Memandangkan Vitamin B Complex ialah vitamin larut air, molekul yang berlebihan dan tidak diperlukan akan disalur keluar melalui air kencing. Jika kekurangan air, urine anda akan kelihatan kuning pekat disebabkan riboflavin tadi. Jadi, selepas mengambil B Complex, pastikan pengambilan air kosong yang banyak. InsyaAllah, warna urine akan menjadi normal

Jom kenal mana satu warna urin anda...

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome


MANFAAT B-COMPLEX


  • Menukar makanan kepada tenaga - bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yangsihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecatatan otak atau tulang belakang.
  • Rambut beruban dan gugur - membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
  • Mencegah anemia - membantu pembetukan sel darah merah yang sihat dan  antibodi, meransang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah pericche - dikenali sebagai rekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau.
  • Detoksifikasi - meredakan alahan

Bagaimana Memilih B-Kompleks yang baik?


  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  3. Pastikan jurang peratusan nilau harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  4. Elakkan pengambilan B-kompleks yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)





No comments:

Post a Comment

Komen lelaju lepas baca..tq..muahhh!!

Nuffnang Ads