Sunday, November 17, 2013

Omega Guards Shaklee


Ketika lahir, saiz otak bayi hanya kira-kira ¼ saiz otak orang dewasa. Kebanyakan bayi dilahirkan mempunyai lebih daripada 100 bilion sel otak yang masih belum dihubungkan antara satu sama lain. Bagaimanapun, otak bayi boleh berfungsi pada kelajuan secepat kilat dan mampu membentuk rangkaian hubungan yang baru di antara sel otaknya pada kadar tiga billion sesaat. (info majalah pa&ma)


Bagi ibu-ibu yang mempunyai bayi, pasti tidak asing bila mendengar nama DHA dan ARA. DHA dan ARA merupakan asid lemak yang sangat diperlukan bayi untuk perkembangan otak dan ketajaman penglihatan. Hampir semua pengeluar susu formula berlumba-lumba memperbanyakkan kandungan DHA dan ARA. Harga susu akan naik berlipat kali ganda jika mengandungi DHA dan RNA berbanding yang tidak mengandungi asid lemak essential itu.

Sebenarnya bayi kita mampu memperolehi DHA dan ARA secara percuma. Dimana? Sudah tentu didalam susu ibu. Sebagaimana yang kita tahu, bayi yang menyusu ibu sepenuhnya, perkembangan otaknya lebih bagus jika dibandingkan dengan bayi yang memnggunakan susu formula. Dari kajian yang dilakukan, didapati susu ibu mengandungi asid lemak ini. Walaupun jumlahnya sedikit, tapi ternyata ia sangat penting untuk perkembangan intelektual dan penglihatan anak.

Dari kajian yang dilakukan didapati :

  •  Bayi bayi yang mendapatkan susu formula yang diperkaya dengan LC-PUFA (contohnya DHA dan ARA) menunjukan ketajaman penglihatan yang lebih baik daripada mereka yang mendapatkan susu formula tanpa LC-PUFA.
  • Bayi  yang mendapatkan susu formula dengan DHA dan ARA memiliki ketajaman penglihatan yang sama dengan bayi bayi yang mendapat ASI, sementara mereka yang mendapatkan susu formula tanpa DHA dan ARA ketajaman penglihatannya lebih rendah.
  • Bayi  yang mendapatkan susu formula yang diperkaya dengan DHA dan ARA mengalami peningkatan kemampuan intelektual dibandingkan mereka yang mendapat susu formula tanpa DHA dan ARA.
  • Pada bayi prematur yang mendapat tambahan DHA dalam makanannya ternyata menunjukan peningkatan perkembangan sel sel di retina dan ketajaman penglihatan, serta peningkatan perkembangan sel sel di korteks otak dan kemampuan belajar serta mengolah informasi.
Disebabkan itu, didapati bayi yang minum susu ibu lebih cerdas dan bagus penglihatannya jika dibandingkan dengan bayi yang mengambil susu formula. Oleh sebab itu, ibu yang hamil atau menyusukan anak, perlulah memperkayakan sumber makanan yang tinggi kandungan asid DHA dan RNA kerana, mengambilan yang cukup, secara tak langsung akan meningkatkan jumlah asid lemak tersebut didalam susu ibu.
Apa sebenarnya fungsi DHA dan ARA dalam perkembangan otak dan mata bayi?
DHA dan ARA merupakan komponen utama lemak membran sel dan merupakan asid lemak tak perlu rantai panjang (LC-PUFA) utama dalam sistem saraf pusat. DHA juga merupakan komponen utama membran sel fotoreseptor retina. Melihat peranannya yang vital, wajar jika kekurangan DHA dan ARA dapat berpengaruhi perkembangan otak dan mata bayi.
Pertumbuhan otak maksima bayi ialah semasa 3 bulan terakhir kehamilan sehingga kurang lebih usia 2 tahun. Oleh itu, dalam tempoh  tersebut bayi sebaiknya mendapat DHA dan ARA dalam jumlah cukup, yang dapat diperoleh dari susu ibu.

Apa Itu DHA??

DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90% daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dalam rahim ibu!
Semasa hamil, bayi memperolehi DHA daripada rahim ibu. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantung kepada jumlah DHA yang diambil ibunya.
Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam kebanyakan vitamin pra-lahir yang mereka ambil.

APA ITU RNA?

Asid ribonukleat (bahasa Inggris:ribonucleic acid, RNA) adalah satu dari tiga makromolekul utama (bersama dengan DNA dan protein) yang berperan penting dalam segala bentuk kehidupan.
Asam ribonukleat berperan sebagai pembawa bahan genetik dan memainkan peran utama dalam ekspresi genetik. Dalam dogma pokok (central dogmagenetika molekular, RNA menjadi perantara antara informasi yang dibawa DNA dan ekspresi fenotipik yang diwujudkan dalam bentuk protein.
Manfaat Kepada Bayi dan Kanak-kanak
Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.
Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu (susu ibu), dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi. Kajian menunjukkan pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung akan memberi keberhasilan yang lebih baik terhadap perkembangan bayi, dari segi :
* Penyelarasan mata dengan tangan
* Kemahiran gerakan bermotor
* Jangka tumpuan yang lebih panjang
* Markah IQ yang lebih tinggi
Dos Yang Disyorkan
Pakar dari National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ISSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300mg DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu. Terdapat banyak susu formula untuk pra lahir dan untuk bayi yang mengandungi DHA, tetapi paras DHA selalunya rendah. Suplemen tambahan masih lagi diperlukan dan disyorkan.
Di samping itu, sesetengah kajian menyarankan paras DHA yang mencukupi dalam diet seorang ibu yang baru melahirkan anak, mungkin memainkan peranan dalam membantu mewujudkan keafiatan dan kesejahteraan emosi ibu tersebut selepas melahirkan anak.

Mengapa Omega Guard Shaklee?



Omega Shaklee telah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita . Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3. Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga… kalau enzim dalam badan tak berapa bagus, tak banyak lah ALA yang diuraikan. Haa… jangan taktau dalam Omega Guard Shaklee ada semua tu.. DHA, EPA, ALA…

EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .



Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?

  • Ibu hamil

  • Ibu menyusu

  • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
  • Lelaki
  • Warga Emas
  • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
  • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat

Kejayaan anak membuatkan saya lebih yakin dengan Shaklee.

Aiman meraih 5A dalam peperiksaan UPSR 2013,
Ain mendapat anugerah cemerlang dalam subjek Sains dan Pendidikan Seni Visual
Sara meningkatkan graf akademik dr 59% - 74% (Tadika Pintar Bistari)

Jadilah ibu bapa yang bijak memilih yang terbaik untuk anak anda .. saya telah memilih untuk menjadi ahli keluarga Shaklee kerana Omega Guards telah membantu anak2 saya cemerlang.

Anda juga mesti dapatkan Omega Guards untuk si manja anda… Minyak ikan terbaik, bebas bahan kimia, dan semestinya halal!

Hubungi saya untuk info lanjut..
Suhaila (SID 974961)
whatsapp/sms/viber 013-7095441






No comments:

Post a Comment

Komen lelaju lepas baca..tq..muahhh!!

Nuffnang Ads