Thursday, June 25, 2015

Anak syurga..

PERBEZAAN Upaya Anak2 Tanda Kebesaran ALLAH 👧 👦

~Bismillahirrahmanirrahim~

🔅Anak-anak buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

🔅Anak cantik, anak cerdik; itu ujian. Cuma pinjaman. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak.

🔅Anak biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga. Tak perlu kecewa anak kita tidak ternama. Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita.

🔅Anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan dunia dan isinya. Jangan lukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

🔅Anak-anak kita bersih, jiwa mereka jernih. Yang salah kita, cepat lupa dengan tipuan dunia. Tataplah mereka penuh amanah.

🔅Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk menjadi ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

🔅Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu anak-anak yang kita tak beri penuh perhatian akan menjaga kita ketika tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Learning process won't stop till death..(just received frm d other group...)

Thursday, June 18, 2015

Solat Tarawih

As-salam..

Cara solat tarawih bersendirian dirumah
Bijaksananya Allah swt.. wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..

Selain menghindar diri dari fitnah,  wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, meh tengok caranya..

Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah
Niatnya  :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

NOTA:
Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)

SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad.

Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.

Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid/surau.

Dan tiada alasan bagi yang ada anak kecil. Kita boleh buat lepas anak-anak dah tidur. Mari kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak buat solat tarawih, tahun ni kita buat.

Sekian sahaja..(cnp)

Wednesday, June 3, 2015

Promosi hebat bulan Jun 2015

Dapat free sebotol vitamin c dan vitamin e kalau beli 6 botol setiap vitamin tersebut..

Jimat tak jimat lah kan..rasa tak larat beli 6 dan rasa nak muntah tengok botol vitamin banyak2...kongsi2 la dengan kawan dan saudara mara..

Rata2 yang nak sihat memang akan ambil vitamin c..manfaat yang paling ketara pengambilan vitamin c ni untuk kuatkan imunisasi dan antibodi...siap ada yang tanya..berapa gram vitamin c ni?...haaaaa tu dia soalan mereka yang peka..

Vitamin E ada kelebihan tersendiri juga..jangan tak percaya encik suami suka dengan vitamin ni sebab katanya lebih hebat dari tongkat ali..wallahualam...mereka yang lebih tahu..

Cari produk yang mudah diperolehi..beli secara walk in ke branch/hq atau secara online..

Hubungi SID pilihan anda..

Blum ada?..pilih jer saya...free consultation...nak join bisnes pun boleh...mana lah tahu rezeki anda  tertulis bersama Shaklee..

Sue 013-7095441
SID 974961
Founder Peace of Mind

Tuesday, June 2, 2015

Teamwork

Setiap aktiviti perlu dilakukan bersama..

Tak kira dalam institusi rumah tangga atau perniagaan..

Tak kira perniagaan apa yang kita ceburi..

Mentor dan coach sentiasa membantu..kita kena bergerak tanpa disuruh..kejayaan pasti milik kita..

Jangan hanya berimpian...tapi tak nak realisasikan..

Bisnes Shaklee bisnes bersama..anda buat..anda dapat..

Tanpa kegagalan.. Tiada kejayaan..

Syukur

Bercuti di kampung memang seronok..tapi letihnya bab membasuh baju...

Angkut air ke mesin basuh..ibu mertuaku masih mengekalkan ciri traditional...hormati pendiriannya..

Kalau kat rumah..4-5 trip membasuh memang tak ada masalah..sebab semuanya mesin buat...tinggal jemur jer...

Tapi bila di kampung...4 trip tu ..memang boleh tanggal engsel lengan ni ha...tangan ada engsel kah?.apa2 jer la..

1 trip ..Sabun.bilas dan bilas..9 kali kena angkat air..

Kalau 4 trip...pandai la korang kira sendiri...ngeri tengok jawapannya..he3

Mengigil tangan mak ni nak.oiii.....

Namun kena bersyukur sebab tak kna tadah air ngan tangan utk penuhkan mesin basuh...gtg...nk rest kejap eh...

Monday, June 1, 2015

Salam Nisfu Syaaban 2015

1/6/2015

Assalamualaikun ...

Malam ini malam nisfu syaaban ....diantara 5 malam  yang paling mustajab doa ...bermula maghrib hingga masuk waktu subuh ...

Malam ini Allah buka 300 pintu rahmat untuk hambanya yang melakukan qiyamullail ...solat mlm ...

Selepas maghrib baca Yassin 3x

Yassin 1 ...niat ...

Mohon Allah panjangkan umur kita untuk beribadah kepada Allah

Yassin ke 2 ...niat

Mohon Allah murahkan rezeki kepada kita

Yassin ke 3 ...niat

Mohon Allah matikan kita dalam iman ....

Lepas solat Isyak ...buat solat hajat

Baca Quran
Tidur ....
Bangun tengah malam ...
Solat taubat
Solat tahajud
Solat hajat
Solat witir
Zikir
Doa
Baca Al Quran ...
Sehingga menunggu masuk subuh ....

Jika uzur ... berzikir berselawat dan berdoa ...

In syaa Allah ...Allah akan maqbulkan doa kita walaupun kita dalam keadaan haid ....

Selamat beribadah malam ini ...

Kalau tak mampu buat semua .... buatlah setakat mana yang mampu ....
Jangan tak buat langsung ...

Sebab kita akan tergolong dikalangan org2 yang rugi ....

Allahuakhbar

Turn 3...happy birthday!!!

01/06/2015

Alhamdulillah...membesar dengan sihat..terima kasih Allah atas anugerah terindah..kau kirimkan ank syurga sbg amanah untuk di warnai....aymie nur zahra..

Happy birtday popcorn sayang!!!turn 3 today....semoga jd anak solehah, sentiasa dimurahkan rezeki, berjaya di dunia dan akhirat...

Rambut makin curly..mulut dah macam bertih....geram tau!!!

Dah boleh wean off kan sayang...hi3...ibu dengki jer bila mimie nk ngempeng....tak pe lah sayang...nyusulah selagi boleh...

Anak bijak yang tak perlu pampers bila tidur malam...cuma pakai bila nak memerut jer...

Lain anak lain gayanya..

Nuffnang Ads