Saturday, May 30, 2015

Khilafku..

Perkongsian dari seorang teman..

Semalam terpaste pasal risau anak xtahu sape amik.. Dah ada org nak amikkan lewat pulak.. Dlm hati penuh kerisauan.. Terasa betapa tidak amannya hati..

Masa ni terimbas kembali hari pertama join kelas tafsir.. Ustaz tanya Islam tu apa?

Jawapannya aman.. Selamat.. Jadi dunia hari ini dah xaman maksudnya Islam dah tak ada..

Allah dah cabut keislaman pada hati kita, negara kita.. Lagi malang rumah kita sendiri dah xaman..

Suami isteri sentiasa bertelagah..

Nak tgk kita boleh masuk syurga ke tak cek rumah kita terlebih dahulu.. (Indicator).. Kalau rumah panas, tak aman.. Dah macam neraka.. Harapan kita nak masuk syurga sgt nipis.. @ dengan kata lainnya masuk nerakalah kita..

Macam mana nak kembalikan keamanan?

Masuk Islam secara menyeluruh..

Macam mana nak masuk Islam? Belajar... Cari guru..

Hari tu saya tanya ustaz kenapa surah awal alfatihah, al-Baqarah akhir sekali barulah An-Nas..

Nak tahu isi Quran kena baca cover to cover.. Baru tahu (bukan pick ayat2 surah2 tertentu je. Khatam cover to cover isi dan terjemahan sekurang2nya 3 kali)

Hari ni ustaz jawab.

Surah pertama, Allah sebut.. 'Tunjukkan kami ke jalan yang lurus'.. Jalan yang bagaimana? Panduannya dalam surah seterusnya.

Surah al-Baqarah.. Lembu betina..

Yang ni bila tahu mmg rasa nak menangis..

Kenapa LEMBU???

Dunia hari ini dah tunjukkan situasi lembu ni..

Manusia keluar pagi balik petang.. Keluar pergi makan rumput...

Manusia hari ini keluar pagi pergi kerja cari makan, balik petang masuk kandang...

Lepas tu beratur panjang terperangkap dalam jem.. Sebiji tak ubah macam lembu

Cari kerja sebab untuk cari makan semata2.. Ulang2 benda sama tanpa apa2 perubahan dalam hidup...

Lembu ni paling sesatlah...

Kemudian pergi ke Surah Al-Imran... Ada panduan kat sini manusia mula nampak nak kembali pada agamanya.

Kemudian surah An-Nisa'.. Semua ni isu perempuan... Allah cerita details pasal perempuan...

Ada wanita yang tidak menghormati suami kerana gaji income lagi besar.
Juga kepada lelaki.. Lelaki yang macam perempuan. Perempuan pergi kerja, suami jaga anak.. Institusi kekeluargaan tu tak seimbang lagi..

Kemudian surah al-maidah.. Surah ni pasal hidangan (cerita tentang anak2).. Hidangan kat sini dipersembah dalam bentuk keluarga yang mengikut perintah Allah.

Tapi.... Apabila sudah selesa pergi ke surah Al-An'am.. Pasal haiwan ternakan pulak..

Boleh jadi dah kenal Allah tup2 dapat nikmat banyak, tenggelam dengan nikmat dunia.. Jadi haiwan balik...

Ciri2 haiwan ternakan? Dah kaya, bgn lewat pulak.. Lepas satu2 tempat tempat melancong.. Boleh buat sesuka hati.. Dunia aku yang punya...

Begitulah seterusnya setiap surah ada yang Allah sampaikan...

Kemudian surah Al-A'raf, cerita tentang pembezaan syurga dan neraka.

Dan surah2 seterusnya disusun ada asbabnya.

Akhir sekali barulah jadi manusia.. Lepas melalui 113 surah..

Betapa manusia ini Allah tak jadikan sia2...

Ni baru cerita pasal surah...

Point mula2 sekali ustaz suruh tahu solat tu apa.... Sebab hitungan pertama kita solat.

Kenapa solat tak khusyuk? Syaitan ganggu bila kita solat?

Tempat syaitan di mana? Tempat2 kotor, tandas.

Syaitan hadir dalam diri kita sebab kita dah mentandaskan diri..

Allahuakhbar..masih ada peluang untuk bertaubat...

No comments:

Post a Comment

Komen lelaju lepas baca..tq..muahhh!!

Nuffnang Ads