Wednesday, September 24, 2014

Nenda vs makwe

Keadaan nenda sebelum dan selepas operation...buang batu hempedu pada 5/9/2014...

Terima kasih atas kerjasama doktor n staff hospital selayang...

Alhamdulillah..kini semakin sihat...

Sunday, September 21, 2014

Wednesday, September 17, 2014

Healing Crisis / Krisis Pemulihan


Ramai yang tak sanggup hadapinya..macam2 komplen, produk tak bagus, tak serasi lah..lebih teruk bila ada yang kata "aku amik supplement untuk lebih sihat, tapi kenapa makin sakit teruk" .saya sendiri melaluinya ketika pertama kali mengambil Alfalfa sebab nak meriahkan susu badan dengan dos yang rendah,,iaitu 3 biji sekali sehari selepas makan...memang sakit dan hampir putus asa..apa yang saya alami?

~ demam teruk dan berlanjutan selama 2 minggu
~ sakit tekak  
~ tak period selama 2 bulan (siap buat upt sbyk 3 kali ..doktor suspect hamil anak ke 6 ) tapi saya yakin saya tak hamil ketika tu..
~ sakit sendi (dah macam orang tua dah tau)

Dalam sakit tu saya teruskan juga pengambilan vitamin C untuk kuatkan antibodi sebab anak kelima masih menyusu badan. Nasib baik tak berjangkit kat anak....alhamdulillah masuk bulan ketiga, saya kembali sihat, period kembali stabil..tiap bulan miss P datang on time...senanglah saya nk merancang, sebab saya merancang sendiri..

Itu kali terakhir saya demam teruk..Alhamdulillah...segalanya dengan izin Allah




Apa tu healing crisis/krisis pemulihan?


Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. 

Mengapa terjadi krisis pemulihan setelah mengambil supplement?


Keadaan ini adalah disebabkan oleh toksin yang telah lama terkumpul di dalam tubuh kita untuk jangka masa yang lama, sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu memperitngkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

Secara umumnya, berapa lamakah proses pemulihan akan berlangsung?


Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

Bagaimanakah melalui krisis pemulihan ? 


 



Pada waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya, dan makanlah lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini. InsyaAlah.

Info : panduan nutrisi Shaklee

Tuesday, September 16, 2014

Hilang "KG" dengan set budget


Mesti ada yang tertanya2 macamana saya boleh turunkan berat badan dengan hanya set budget Shaklee..Alfalfa dan Lecithin sahaja.
Lepas sarapan 2 biji lecithin
Lepas lunch ..5 biji alfalfa, pukul 2, 2 biji lecithin
Lepas dinner 5 biji alfalfa, sejam kemudian 2 biji lecithin, sebelum tidur sebiji GLA
ESP ambil sekali sekala..
Hasilnya ...ntah mana hilangnya 2 kilo tu...singgah kat uols yang hanya baca status ni kot..he3..
Kadang2 terskip jgk mkn...tp sue akan pastikan pengambilan 10 biji alfalfa dan 6 biji lecithin setiap hari...ha3...ada org x bagi sue turunkan berat lagi..jeles ler tu...kihkihkih...
Pengambilan yang konsisten dan air yang mencukupi pasti membuahkan hasil yang di harapkan..jangan berhenti telan..telan..telan..sebab produk Shaklee sentiasa selamat, semulajadi dan berkesan...dah 50 tahun dah tau...

Berapa lama dapat kesan ?..dah amik set budget..nak susut pun budget2 jugak lah kan...ha3...




Saturday, September 13, 2014

Meningkat lagi usia

12am...12/9/2014...mr.hb org pertama wish my 37th birthday...hee...tq dear..

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih memberi peluang hambamu ini bernafas untuk terus bersama insan2 tersayang.

Terima kasih suami yang sentiasa sabar dengan karenah..ya..bersabar selama 16 tahun bersama.
Dialah kawan, teman, sahabat, teman gaduh, sura rumah yg sentiasa membantu di kala susah dan senang.

Ank2 ..push factor yg pling kuat untuk diri ini makin tabah diusia baru...

Mak dan ayah yg sentiasa ada...love u all very strong..

Wednesday, September 10, 2014

Cegah sebelum kena batu hempedu


Sedih bila dapat berita nenek saya mempunyai batu di hempedu. Tak dapat dibayangkan bagaimana situasi dia yang kini berusia 75tahun berhadapan dengan masalah tersebut.

Memang dia kerap mengadu sakit, tapi kami semua ingatkan sakit orang tua, tak selera makan bila dah lama tak jumpa anak cucu cicit dia. Tapi rupanya kami silap, keadaannya makin merisaukan bila makin kerap sakit dan hilang selera makan. Keputusan makcik membawa nenek ke Hospital Pakar membuahkan hasil yang tak disangka..Batu Hempedu...Alhamdulillah, kini nenek selamat di bedah dan saya berharap dia kembali pulih dan ceria seperti sedia kala. Insyaallah..


Ketika memdapat rawatan di Hospital Selayang

Batu karang hempedu


Adalah jenis Batu karang yang terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbeza-beza.

Bagaimana ia terjadi?




Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain.

Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.

Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda.

Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang.

"Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.


Gejala-gejala bagi kolesistitis akut ialah :


- rasa lemah badan
– hilang selera makan
– demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan.
– Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.

Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang :


- sudah lanjut usia
– penghidap gout
– mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing
– mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).

Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu. Ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan bulan atau bertahun-tahun lamanya.

Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas.

Bila di teliti semula...ya..inilah simptom2 yang nenek saya hadapi..ya Allah kesiannya...tapi dia memang tabah dan kuat..

Rawatan


Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat.

Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan


Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.

Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

Bukan pembedahan


Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
Pil garam hempedu. Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.

Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal). Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.

Faktor-faktor Risiko


~ Batu karang hempedu merupakan suatu penyakit yang diwarisi secara turun-temurun dan tidak dapat dihalang pembentukannya. Faktor-faktor lain mungkin meningkatkan risiko penyakit ini seperti:
~ Wanita di antara umur 20 dan 60 tahun lebih berisiko untuk menghadapinya dua kali ganda lebih daripada lelaki.
~ Sewaktu indeks jisim tubuh (BMI) meningkat, risiko anda untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu juga meningkat.
~ Diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat akan mengganggu sistem kimia, menyebabkan pundi hempedu anda kurang mengecut sekali gus meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit batu karang hempedu.
~ Kebarangkalian anda menghidapi penyakit batu karang hempedu turut meningkat seiring usia anda.

Cara atasi penyakit batu karang


Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

·  Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
·  Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
·  Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
·  Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
·  Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
·  Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
·  Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
·  Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

sumber e-kesihatan.blogspot.com dan wannura terapi

Batu hempedu tak mengenal siapa..anda juga mungkin salah seorang daripadanya..



Azlee menunjukkan gambar batu dalam hempedu yang dibuangnya

SUNGAI BULOH: Anggota kumpulan Senario iaitu Azlee bakal menjalani satu lagi pembedahan bagi membuang keseluruhan hempedu di dalam badannya pada September depan.

Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar, 47, berkata, pembedahan tersebut bakal dilakukan selepas dia membuang batu dalam hempedu yang telah memasuki usus di Hospital Pakar Damansara dekat sini pada 30 Julai lalu.

"Alhamdulillah keadaan saya sekarang beransur pulih selepas pembedahan pertama pada Hari Raya ketiga lalu.

"Bagaimanapun selepas luka bahagian dalam sembuh, saya akan melakukan satu lagi pembedahan bagi membuang keseluruhan bahagian hempedu itu kerana bimbang batu yang masih terdapat di dalamnya akan merebak ke bahagian lain," katanya kepada mStar Online.

Mencegah lebih baik dari mengubati..

Fungsi Shaklee Dalam Membantu Masalah Batu Karang







B-Complex – menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang

Vita-C – mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dalam urin berasid

OsteMatrix – mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat dan mencegah pembentukan batu karang

Alfalfa Complex – mengurangkan infeksi dan inflamasi

Carotomax – menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang

Lecithin – membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

Phytocol ST - menurunkan kolesterol secara semulajadi

Hubungi saya untuk mendapatkan produk ini. Cegah sebelum kena.

Suhaila 013-7095441

Kolagen ~ mengembalikan hak milik kulit anda..

Apa itu kolagen

Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi.

Antara kepentingan kolagen:

Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

Kolagen Shaklee



Isi Kandungan Shaklee kolagen Powder

Kandungan utama kolagen shaklee adalah dari  sisik ikan merah, iaitu salah satu nsumber premium kolagen dengan penyerapan lebih tinggi  dan pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan yang lain. Ada 6 lagi kandungan tambahan iaitu 

Ekstrak Kerang-kerangan - Glukosamina daripada ekstrak kerang-kerangan adalah penting dalam sintesis bendalir sinovia bagi melicinkan pergerakan sesendi dan melembapkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata,

Elastin dari kolagen ikan - Elastin dapat mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit yang boleh melantun apabila dicubit. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi bersama kolagen untuk kulit yang lebih tegang, gebu dna anjal, 

Lactobasilus Acidophilus - Sejenis bakteria baik yang membantu untuk mengimbangi usus mikroflora dan memudahkan pembinaa semulajadi sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen, 

Ekstrak Pfaffia - Pfaffia juga digelar sebagai Ginseng Brazil yang bila diganbungkan dengan enstrak biji benih Camellia Japonica, dapat menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik. Dengan kemampuannya untuk mengikat jumlah air yang besar, asid hialuronik memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu badan dan mebuatkan kulit lembut, lembap dan rata, 

Ekstrak biji benih Camellia Japonica - Mengandungi asid oleik, sejenis emolien kulit dan pelembap yang unggul, dan bahan antioksida semulajadi. Isoflavon yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas,

Vitamin C dan Vitamin B - Vitamin C menggalakkan pengeluaran kolagen semulajadi yang melawan radikal bebas dan merosakkan kulit kita. Vitamin-Vitamin B terlibat dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk mengahsilakan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel. 





Kenapa Shaklee Collagen Powder istimewa?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu (melalui ujian klinikal)


Apa kesan dan faedah Shaklee Collagen Powder?

melembabkan kulit sehingga 90%
mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
meningkatkan penampilan keseluruhan sehingga 71%
melembutkan dan melicinkan kulit sehingga 69%
mengekalkan mekap anda sehingga 60%
meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti sehingga 55%
menebalkan rambut sehingga 54%
meningkatkan seri, tona dan warna kulit sehingga 50%
mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%


Testimoni Kolagen Shaklee













Bagaimana hendak mendapatkan Kolagen Shaklee ni?

Boleh klik disini atau  hubungi saya Suhaila Abu Bakar 013-7095441

COD Pasir Gudang, Kota Masai, Masai, Post seluruh Malaysia Rm10sm/RM20ss

BERITA GEMBIRA KEPADA PENCINTA KOLAGEN...PROMOSI BELI 6 PERCUMA 1..DAPATKAN HARGA ISTIMEWA DARI SAYA SEPANJAMG SEPTEMBER 2014 INI..

Makanan Minda


September Moment

Teringat masa anak2 nak ambil UPSR...Ika dan Aiman

Masa Ika Exam, Sue tak kenal Shaklee lagi, so just bagi dia BR Hom, Examo ngan Makanan Sunnah ..alhamdulillah 3A2B..sama macam ibu dia...

Masa Aiman Exam tahun 2013, dah berjinak dengan Shaklee...Omega, Mealshakes, Ostematrix memang jadi makanan Aiman..wajib ambil sebiji omega dan 2 biji ostematrix sebelum tidur...dia balik tusyen dah pukul 10...so, dia perlukan tidur yang berkualiti..sebab seawal 5.45pagi dia dah kena bangun dan bersiap untuk kesekolah..kalau uols nak tahu, dia ni bersiap ngalahkan pompuan...mandi jer dah 1/2 jam..bersiap dan bersarapan..kul 7 baru keluar rumah.masuk skolah 7.20pagi....bayangkan pukul berapa nak sampai sekolah dari Kota Masai ke Sek Keb Pasir Gudang 1?..Alhamdulillah....dapat 5A..

Kenapa sue bagi semua supplement tu?

1. Mealshakes


Berkenaan mealshake..ramai yg salah faham dan menggangap mealshake adalah makanan segera.. sbb tertulis situ instant protein... Jadi saya nak perbetulkan salah faham tu ya..Apa yg diberitahu oleh nutritionist Shaklee... MealShake adalah makanan tambahan... instant di sini bukan bermaksud makanan segera tetapi maksudnya ia segera diabsorb oleh bdn sbb ia dah semulajadi dlm bentuk asid amino... dan ia tak mengganggu buah pinggang,etc... Kalau amik protin dlm bentuk ayam , ikan, dan sebagainya.. ia perlu ditukar ke bentuk protin (asid amino) dahulu baru boleh diserap oleh badan.. 

2. Omega Guards







3. Ostematrix


OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Membekalkan 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi, 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya, 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

Antara kebaikan OsteMatrix yg lain ialah,

~Bantu tidur lena sepanjang malam.
~Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex.
~Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan.
~Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama buat ibu hamil .
~Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tak dinafikan ada parents yang bagitau..anak saya tak ambil makanan tambahan pun boleh dapat result yang baik.... anak yang pandai semulajadi..alhamdulillah...

Tapi dalam kes macam sue...ibu bapa kena buat sesuatu..dah tahu anak tak berapa bijak..kena usaha dan ikhtiar..supaya anak tak salahkan ibu bapa bila mereka dah besar nanti..sekurannya, dia tahu mak dan ayah dorang dah cuba yang terbaik..tapi rezeki tak memihak kepada mereka...perhatian dan juga bimbingan juga punca utama kejayaan anak2 dunia dan akhirat..

Suhaila Abu Bakar
013-7095441


Saturday, September 6, 2014

Rindu ler tu..

Apa kes ni boboi..tdo kt situ pulak...kang kena karen..
meow ni rindukan insan yg selalu usap dia...mnjakan dia..marahkan dia..
Sabar yer...mggu depan mak tok balik..jgn ko dera mak tok udah.ler yer...dah jom tdo...
Sblm tdo tentunya tuan pengganti kena telan oste..sbb dh lewat sgt dh ni...kang terbabas subuh sok pagi...

Thursday, September 4, 2014

16th anniversary

5 permata yang sungguh bernilai..
Merekalah racun
Merekalah penawar
Rasa macam baru semalam menikah...susah senang suka duka kita tempuh bersama..
Suami, ada kala menyakitkan..tapi disebalik itu dia mendamaikan..
Dialah kawan, teman, kekasih, pengkritik, pembimbing, imam muda pilihan ku...
Sabar tak sabar
Sedar tak sedar
Hari ini 3 September 2014
Dah 16 tahun bersama
Semoga kasih sayang kekal hingga akhir hayat...Aamiin...




Tuesday, September 2, 2014

Gla vs ESP

22 Ogos 2014..konon nk berselfie ngan ank bujang pas tu dia tegur nape muka byk jerawat..auchhh...mulut dia mmg xde insuren btul tau...ha3..
Tp tak per..ibu nak buat suprise bila dia balik cuti nnt..tadaaa...jerawat ibu dah kecut n tanda hitam makin pudar...gambar terbaru amik 2/9/2014..mestilah ibu dh cntik..esok kan my anniversary..nk selfie comel2 ngan hubby...
Selain penjagaan luaran, Sue utamakan penjagaan dalaman juga..jadi untuk rawat jerawat kali ni..try n error jugak lah..dan ianya menjadi...
Dan esp ngan gla bahan ujikajinya..nak tau lebih lanjut..contact sue yer..013-7095441

Nuffnang Ads